Friday, May 2, 2008

Tak Perlu Minta Maaf, Shabery!!!

Kenyataan akhbar Utusan hari ini yang memaparkan ucapan maaf daripada Menteri Penerangan, Shabery Cheek, lantaran penyiaran siaran langsung Persidangan Pertama Dewan Rakyat.


Shabery meminta maaf atas kekecohan yang kononnya di timbulkan oleh wakil MP Pembangkang (PAKATAN RAKYAT). Daripada sumber video yang di sertakan dibawah. Wakil Barisan dan Pakatan Rakyat sama sahaja. Dua-dua menimbulkan masalah. Inilah, dalam nak minta maaf tu sempat lagi nak berbohong dan burukkan pembangkang.Walhal, dua-dua sama.


Maaf TIDAK perlu dipinta. Biar rakyat tahu apa yang berlaku dalam Parlimen. Biar rakyat tahu macam mana MP mengunakan sehabis baik "Parlimentary Privilages". Biar rakyat tahu samada pemimpin yang mereka pilih itu rasiaonal atau tidak!


Daripada tinjauan saya, apa yang berlaku di Dewan Rakyat semalam adalah perkara yang biasa. Kekecohan yang berlaku pun adalah akibat ketidakadilan dalam pengemukaan soalan pertama di Dewan Rakyat itu sendiri. Wakil PKR, Azmin jelas menyatakan Pakatan Rakyat yang diwakili 82 Mp dibandingkan hanya 77 MP yang mewakili BN. Jadi logik mudahnya, majoriti soalan perlulah datang dari PKR. Tetapi, PKR hanya diberikan 3 soalan manakala BN, 7.


Ini yang menjadi titik tolak kepada kekecohan semalam. Sudah-sudah la Shabery, jangan nak putar belitkan keadaan. Cubalah berkata benar! Jangan asyik nak buat cerita tak betul pasal pembangkang.


Kekecohan yang terjadi juga menguji kredebiliti YDP Dewan, yang saya kira sedikit gagal untuk mengawal dewan dengan baik.


Siaran langsung sidang Dewan Rakyat tidak perlu dibatalkan dan seharusnya diteruskan. Rakyat ada hak untuk tahu perjalanan dewan. Rakyat ada hak untuk tahu bagaimana kelakuan pemimpin yang mereka pilih di Parlimen. Biar rakyat puas hati, supaya mereka boleh buat pilihan yang tepat di PRU 13 nanti.


Oleh: Sang Kencana

sumber video: http://www.youtube.com/watch?v=Hm7lI8rBYUc


No comments: