Monday, May 5, 2008

Sultan, Menteri Besar, Karpal Singh dan ...

Tindakan yang dilakukan oleh Dato' Seri IR Mohd Nizar Jamaluddin baru-baru ini, dimana beliau mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Perak (JAIP), Datuk Jamry Suri, DITUKARKAN serta merta, adalah satu tindakan yang tidak melampaui atau mengetepikan mana-mana peruntukan undang-undang Persekutuan mahupun Negeri.
Adalah dimaklumkan bahawa Bidang Kuasa berkenaan agama dan adat istiadat negeri adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri pula, ditakbir oleh Menteri Besar. Sultan pula bertindak sebagai PENASIHAT dalam perkara yang berkaitan adat istiadat dan agama. Oleh sebab itu, tindakan Dato' Seri menukarkan Pengarah JAIP itu tidak salah dimata undang-undang. Mungkin salah dikalangan orang yang kurang celik dan orang yang kurang pengetahuan undang-undang.
Apa gunanya beliau di lantik menjadi Menteri Besar, peneraju negeri, tetapi tidak boleh membuat keputusan sendiri. Saya tidak nampak ketidak-rasionalannya. Lagipun, Pengarah JAIP itu hanya ditukarkan ke jabatan lamanya, bukan dilucutkan jawatannya.
Tetapi, saya kagum dengan Dato' Seri IR Mohd Nizar kerana walaupun tindakkannya itu tidak salah, tetapi atas sifat rendah diri dan hormat kepada Baginda Sultan, beliau telah memohon maaf secara terbuka. Memohon maaf bukan disebabkan kesilapan atau takutkan Sultan, memohon maaf adalah disebabkan rasa hormat yang mendalam.
Merujuk pula kepada Pengerusi DAP yang dikecam oleh sesetengah pihak apabila beliau mengatakan bahawa Baginda Tuanku Sultan tidak mempunyai autoriti untuk melantik balik para pegawai yang dipecat, saya katakan tindakan dan pernyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh itu adalah satu tindakan yang betul dan tepat. Seperti yang saya katakan tadi, Sultan adalah PENASIHAT kepada hal ehwal agama dan adat istadat negeri. Baginda perlu menasihati Menteri Besar, bukan membuat keputusan. Implikasinya sama sahaja apabila kita merujuk kepada Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, dimana YDP Agong hanya boleh bertindak mengikut arahan Perdana Menteri. YDP Agong hanya boleh memberi nasihat, tetapi harus pula bertindak mengikut arahan PM. Konsep perlembagaan ini harus kita fahamkan.
Saya minta sesiapa yang mengecam pendapat Karpal Singh yang dibuat atas dasar kepakaran dan ilmu beliau, supaya menarik balik kecaman itu. Sebaiknya, sebelum kita kecam orang, lebih bai kita kaji dulu sedalam dalamnya kecaman kita itu. Adakah ianya berlandaskan fakta atau pun sekadar dipenuhi dendam dan khayalan semata.
Satu lagi, saya tertarik dengan perkataan "Ketuanan Melayu" yang saya temui ketika membaca artikel disebuah blog yang agak popular dikalangan pelajar MMU. Perkataan "KETUANAN" tidak tertulis pun dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Yang tertulis hanya perkataan "kedudukan istimewa orang melayu", melalui Perkara 153. Saya begitu pelik kenapa perkataan ketuanan melayu ini acapkali di gembar-gemburkan dan diwarwarkan. Tiada KEBANGGAAN melalui perkataan "Ketuanan" itu. Apa yang saya nampak, orang Melayu sekarang ini ada sindrom lagak dan riak. Di usik sedikit, Ketuanan Melayu! Di cuit sedikit, Ketuanan Melayu!
Melayu ini terlalu kebudak-budakan. Masih lagi bertongkatkan apa yang mereka laungkan sebagai ketuanan Melayu. Tun Dr Mahathir pernah menyatakan, " Orang Melayu Tidak Boleh Bertongkat Lagi". Teruskan jalan walaupun tempang. Kalau sampai bila-bila asyik bertongkat, macam mana nak maju. Negara lain maju dan membangun, kita masih lagi Ketuanan Melayu. Orang kebulan, kita? KETUANAN MELAYU!
Kita patut malu. Akhir kalam, jangan asyik nak mencari salah orang lain. Fikir dahulu sebelum berkata. Takut diri kita tertikan dek kata-kata kita yang tajam dan berbisa. Sebaiknya, kita berfikir bagaimana nak memajukan bangsa Melayu dan Malaysia. Jangan nanti kita makan pasir, dek "Menang SORAK, kampung TERGADAI"
Oleh:
Sang Kencana
p/s: Bercakap Biar Berakal, Menulis Biar PINTAR!!!!!!

11 comments:

Ahmad Amzar said...

So,Tuanku silap?

Anonymous said...

Walaupun kedudukan Tuanku sebagai Sultan dan manta Ketua Hakim Negara, baginda juga tak lepas dari melakukan kesilapan.

Tun Saleh Abas, juga mantan Ketua Hakim Negara, didalam satu kes ternama "UEM LITIGATION" juga mengaku pernah melakukan kesilapan. Jadi, kekhilafan itu adalah fitrah manusia tak kira darjat.

Anonymous said...

betui2...sultan pun manusia jugak.tapi ingat,ada org lain pun mempunyai pengetahuan yang lebih baik,atau sama hebat dgnnya.apa masalahnya kalo kerajaan negeri mntak tukar sekalipun,dah mamat cm susah nak cooperate dgn kerjaan negeri,ambik la org lain.bukannya jawatan tu hak mutlak dia sorg saja.Kalo aku pun aku tukar..bagi la org lain chance..awat dia sorg je ke yang layak..tgk la apa jadik ngn barisan2 kepimpinan ala ala u_m_o totok yang kdg2 buat something tk ikhlas utk rakyat pun..

tgk je la ketua2 kampung bacul yang jadik yes bos kat diktator moden ala2 hadhari tu..

aku bukan nak kutuk.tp geram.geram dgn kepimpinan yang lemah,tapi belagak cm terer,dgn manipulasi paper,dan channel2 TV.bengang haku.mangkuk punya U-M-N-O.

Anonymous said...

salam perjuangan... perubahan mesti dilakukan... sekarang ni masa untuk bertindak bukan untuk bercakap... teruskan perjuangan...

salam
azman

Ahmad Amzar said...

Ya,memang betul semua orang membuat kesilapan,malah orang di dalam bidangnya sendiri mungkin melakukan kesilapan.Kadang2 mungkin kita juga yg melakukan kesilapan.

Bagi saya,yg menjadi isu adalah tindakan MB tersebut yg tidak mengikut prosedur.Itu jer.Ni keratan dari Kenyataan Rasmi dari pihak Istana:

Oleh itu pada tafsiran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempunyai tanggungjawab untuk menghadap dan berdatang sembah, memaklumkan kepada Baginda Sultan dan juga kepada Baginda Raja Muda, memohon mendapat perkenan sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan hal ehwal agama Islam, badan dan agensi yang bertanggung jawab dengan agama Islam, merangkumi urusan lantikan, penempatan dan pemindahan pegawai dan kakitangan yang menguruskan hal ehwal agama Islam, apatah lagi bagi penjawat jawatan penting dan jawatan utama.

Itu jer.So,kalaupun MB nak tukar orang,beliau kenalah mengemukakan hujah beliau kepada Tuanku kerana ia melibatkan hal ehwal agama Islam.Kalau Jamry tu tak boleh bagi kerjasama,bagi tahulah kat Tuanku,seperti apa yg tertulis pada kenyataan rasmi tu juga:

Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran peraturan dan kesalahan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang ada dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Jamry Sury, maka Kerajaan diminta mempersembahkan perkara tersebut secara rasmi kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya disusuli sebelum dijatuhkan apa-apa keputusan secara muktamad.

Sang Kencana said...

jawapan kepada amzar:

bukan tidak mengikut prosedur, itu bukan masalah besar. Cuma, apa yang di lakukan oleh Dato Seri Ir Nizar nie tak pernah dibuat orang.

Dulu, semasa UMNO memerintah Terengganu, hampir semua jawatan tertinggi kerajaan negeri ditukarkan dan diganti dgn individu yang baru, tidak pula menjadi isu.Kemana perginya Baginda Sultan Terengganu a.k.a Agang sekarang?

Bila Dato Seri IR Nizar buat, terus dicop derhaka. Sedangkan menurut saudara, ia hanya satu kesalahan prosedur. Adakah wajar, kerana tertinggal prosedur, terus dicop derhaka? TIDAK WAJAR SAMA SEKALI!!!!

Satu lagi, sebenarnya tugas atau fungsi SULTAN sebagai ketua agama dan adat istiadat ni tak berapa clear. Dari zaman Tun Mahathir lg, kuasa Sultan seakan disekat. Pernah ke Tun kalau nak buat sesuatu inform pada YDP Agong?? Tak pernah??? Siapa yang memasukkan Perkara 182, sebuah provisi untuk menyekat kuasa YDP Agong dan Sultan??? Jawapannya, TUN.Oleh itu, secara tradisinya kuasa Sultan nie seem to be unclear dan there is an ambiguity here and there.

Based on that, saya tetap berpendapat, tidak wajar kita salahkan Dato Seri IR Nizar.

Sebenarnya saya yakin, bagi Baginda Sultan Perak, apa yang dilakukan oleh Dato Seri IR Nizar bukannya sesuatu yang besar pun. Baginda adalah mantan Ketua Hakim Negara, baginda juga tahu bahawa ia tidak sama sekali melanggar mana-mana undang-undang dan peruntukan.

Ada Udang Disebalik Batu! Tekanan yang diterima oleh Baginda daripada kerajaan persekutuan menyebabkan Baginda terpaksa bertindak.

Siapa ynag beri tekanan? Pak LAH? Tidak, beliau terlalu lemah untuk semua ini. Habis siapa?

Najib?

Hishamuddin?

Mungkinkah KJ????

Jawapannya: Lu pikirlah sendiri!

Sekian,wslm.

fendy_ahmad said...

Salam,

Bagi saya , KETUANAN MELAYU adalah satu isu sensitif dan cukup sukar untuk dimengertikan dengan ayat mahupun tindakan.

Pesan saya, kalau sudah mula berasa tiada yang istimewa dengan perkataan itu, lupakan sajalah kebangga diri menjadi Melayu.

Sejak dua menjak ini ada sindrom PEMBAHARUAN di jiwa anak-anak muda Melayu yang kelihatan sudah bersedia untuk menyamaratakan apa jua, hebat bunyinya tetapi pihak yang lain hanya tersenyum keriangan.

Sang Kencana said...

Orang UMNO nie kalau ckp pasal Ketuanan Melayu cukup suka.Cukup gah.

Masa rembat duit rakyat, duit orang melayu, mereka lupa tentang "Ketuanan Melayu".

Bila, terdesak baru nak ingat.

Menyingkap sejarah, dalam ucapan Tunku Abdul Rahman semasa majlis pemasyuran kemerdekaan, beliau menyatakan: Merdekanya negara ini adalah disebabkan Kontrak Sosial yang dimeterai oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu.

Lihat, titik tolak Malaysia merdeka adalah disebabkan kerjasama dan toleransi rakyat, bukan orang MELAYU semata.

Oleh itu adalah lebih tepat, kita perjuangkan "Ketuanan Rakyat" demi mempertahankan kemerdekaan. Bukannya riak dan bersifat sentimen dengan hanya melaungkan "Ketuanan Melayu" lalu melupakan rakyat bangsa lain. Ini tidak adil dan terbukti prejudis.

Ini bukan masanya untuk menanam sifat pentingkan diri dan riak.Sebaiknya, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersama-sama memacu Malaysia ke arah Kemajuan bukan kearah KeLAYUan!!

Sekian.

Renung-renungkan.

Ahmad Amzar said...

ni dari Msiakini

"Cuma Tuanku minta rujuk kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak iaitu Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah. Dan Raja Muda menegur Mohammad Nizar dari sudut formaliti dan perlu mengikut prosedur yang betul.

"Itu sahaja dan hubungan Istana amat baik sama ada dari segi tugasan mahupun peribadi tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," kata Asmuni dalam lamanweb PAS, HarakahDaily, hari ini. Mohammad Nizar adalah Setiausaha PAS Perak.

Asmuni berkata bahawa pada awal penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, memang berlaku beberapa pegawai yang enggan bekerjasama dengan menteri besar, malahan ada yang mahu meletak jawatan ataupun ditukar ke tempat lain.

"Justeru kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik menangani masalah-masalah individu yang tidak mahu memberikan komitmen kepada kerajaan yang baru," katanya.


Beliau sendiri mengatakan bahawa Tuanku inginkan Nizar mengikut prosedur yg betul.Yang jabatan lain kena tukar tu,tak kisah lah.Dah itu yg dianggap terbaik oleh kerajaan yg memerintah.Dan jabatan yg menjadi isu skrg adalah jabatan agama,yg mana Tuanku ada pengaruh.Ada ke Tuanku bersuara mengenai hal ehwal jabatan lain?

Sekiranya wujudnya tekanan dari pihak2 tertentu,kenapa masa isu pelantikan MB Terengganu hari tu timbul?Kalau Paklah/Najib atau sesiapa dari kerajaan Persekutuan dapat mempengaruhi Sultan Perak,kenapa tak boleh pengaruhi Sultan Terengganu yg juga SPB YDP Agong?

Ahmad Amzar said...

Cara Karpal Singh Tegur Sultan Tidak Betul Dan Dianggap Derhaka, Kata Nik Aziz

KUALA KRAI, 9 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap derhaka.

Nik Aziz berkata tindakan menegur secara terbuka kepada umum dianggap tidak bermoral dan tidak patut dilakukan terhadap seseorang sultan.

"Daripada segi undang-undangnya saya tidak tahu, daripada segi moral, moralnya (perbuatan Karpal itu) tidak betul," katanya.

Mursyidul Am PAS itu berkata pemimpin parti politik, terutamanya Pengerusi DAP itu, mestilah menghormati institusi raja dan menganggap Sultan seperti ibu bapa ketika di rumah.

Katanya perbuatan tidak menghormati orang tua boleh dianggap derhaka dan ini bertentangan dengan semangat Malaysia dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang lain.

"Dalam negeri raja ketuanya dan di rumah ibu bapa, dan raja seperti ibu bapalah di rumah. Apa-apa masalahnya, kalau dia ada masalah berundinglah dengan baik," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan Projek Mini Hidro Lata Rek, 40 kilometer dari sini.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas isu Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

-- BERNAMA

Ahmad Amzar said...

eh,aku rasa aritu ko ade ckp ko tersilap....