Tuesday, May 6, 2008

~N.A.J.I.B~

Salam,

Mengulas petikan berita dari akhbar Utusan Malaysia online bertarikh 6 May 2008, yang boleh didapati di link:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

TPM Dato Seri Najib Tun Razak pun nak menagih populariti murahan. Komen yang diberikan beliau cukup untuk membuatkan saya tertawa sebentar. Beliau menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Karpal bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Pada pendapat saya, bakal Perdana Menteri Mongolia ini baru sahaja menyelak dan membelek-belek Perlembagaan Persekutuan itu.

Dato Seri, tidak saya nafikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Karpal itu boleh dipersoalkan.Mengikut Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, dinyatakan Raja ada kuasa budi bicara sebagai Ketua Agama Islam dan Ketua Adat Istiadat. Karpal hanya memberi pendapat bahawa Baginda Sultan tidak boleh melantik balik Pengarah JAIP yang ditukarkan itu.

Harus di fahamkan bahawa kuasa melantik, menukar dan memecat adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri yang ditakbir oleh Menteri Besar. Dalam hal ini, Sultan hanya mempunyai kuasa untuk menasihat. Kalau tidak, baik tak payah lantik Menteri Besar. Menteri Besar seakan kaku dan terikat tangannya. Tak mampu nak buat keputusan.

Pihak istana juga telah memaklumkan bahawa apa yang terjadi hanyalah kesalahan 'formalities' ataupun protokol. Tiada kena mengena dengan Perlembagaan. Jadi ini bukan lagi satu isu.

Oleh: Sang Kencana

p/s: Mari Belajar Bahasa Mogolia...Hehhehe

No comments: