
Keputusan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir, untuk meninggalkan UMNO telah membuahkan satu impak yang negatif. Baliau yang memengang nombor keahlian 001 -UMNO BARU itu berkata, beliau akan hanya menyertai semula parti apabila "Si Lembab" disinggkirkan ataupun meletakkan jawatannya secara terhormat.
Keputusanya telah mempengaruhi anak keduanya iaitu Datuk Mokhzani untuk turut keluar parti. Beliau (Mokhzani) telah mengesahkan tentang keluarnya beliau dari parti dengan menghantar faks ke Pejabat Umno cawangan Merbok. Dikhabarkan, di Kedah, seramai 300 ahli UMNO telah bertindak keluar parti semata-mata menyokong perjuangan pengasas UMNO baru itu.
Persoalannya sekarang? Siapa pula selepas ini??
Sama-sama kita saksikan.
p/s: Teringat kata-kata Pak Lah: "Saya pantang dicabar!!" -Hanya sekadar menanam tebu dipinggir bibir je la.....hahhahha.....peace!
7 comments:
Mokhzani ni adalah salah seorang insan telah mengaut kekayaan Negara di bawah lembayung “Dasar Ekonomi Baru”. Dia inilah bukti HIDUP penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir yang tercinta ini… Macam mana Dr M boleh kutuk PakLah padahal dia pon dua kali lima… Nampak sangat ada motif…Takut kantoi kes VK lingam laa tuu..
Sebagai manusia yang pernah tercatat dalam FORBES 26 manusia terkaya di Malaysia, tentulah tak berkudis bagi Mokhzani ni kalau setakat keluar UMNO.. Semua ini tak lain hanya bermotif politik dalam usaha untuk merampas Negara dari keluarga PakLah dan digantikan kepada Keluarga Che Det kembali..
Bagi penyokong TEGAR UMNO..sedarlah ini tak ubah seperti KELUAR dari MULUT BUAYA dan MASUK ke dalam MULUT HARIMAU.
Kalaulah mereka tahu betapa pedihnya azab kubur, dan kalaulah mereka melihat dengan jelas seksaan di neraka…tentu aman Malaysia ni daripada manusia spesies ini…
sy amatlah bersetuju dgn al-keriani
klau masuk mulut harimau takpe, kalau mulut babi??? kene samak beb...
Zaman Korupsi Politik sedang melanda.. tapi siape yang betul ? siapa yang salah ?? wuallahualam.. masing-masing menyatakan dia ni yang korup , si polan ni yang korup.. jangan main tuding jari je.. cermin dulu diri sendiri..
kite renung-renungkan lah sendiri ape yang mereka buat ni betul atau salah
Kepada Just Joe:
Saya tidak suka menuduh tanpa fakta dan berhujah tanpa bukti. Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab, sudah tentu kita mahukan kedaulatan Negara ini berterusan dan tidak dicabuli oleh manusia yang berjiwa seorang hamba, hatta kalaupun ianya adalah anak kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Di sini ingin saya nyatakan dengan sejelas-jelasnya, Mokhzani TIDAK LAYAK mengkritik pimpinan Pak Lah kerana dia pon sama saja, dan juga bapaknya Dr Mahathir juga sama sekali TIDAK LAYAK mengkritik Pak Lah kerana mereka ini semuanya dari tong yang sama.. Irama ketukannya sama saja.. Penuh dengan salah guna kuasa dan penyelewengan.
Di sini saya sertakan hujah sekadar sebagai perkongsian..:
“Felo Perunding Yayasan Kajian dan Strategi Melayu, Datuk Mohamed Dahan Abdul Latiff meminta pihak berkuasa menyiasat kenapa seorang Bumiputera dalam Pantai Holdings boleh menjual kepentingannya kepada pihak lain yang bukan Bumiputera.
Bumiputera yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan ialah anak Dr Mahathir sendiri, Datuk Mokhzani Mahathir.
Menurut akhbar itu, Mokhzani menjual 31 peratus kepentingannya dalam syarikat itu kepada Ketua Eksekutif Kumpulan Pantai, Lim Tong Yong, secara berperingkat sejak 2001. Kepentingan itu kemudian jatuh ke tangan Parkways Holdings di Singapura, anak syarikat kepada syarikat yang dimiliki tokoh kewangan Yahudi yang terkenal, Richard Blum. Isteri Blum, Dianne Feinstein, ialah seorang senator di Amerika Syarikat yang amat kuat melobi untuk kepentingan Zionis.”
Apakah Tun Mahathir(pejuang Melayu konon) tidak menyedari perbuatan anaknya ini? Ataupun dia sememangnya tahu tapi pura pura buat tak tahu. Dr M mendakwa PakLah menjual kedaulatan Negara kepada Singapura, tapi dia tak sedar anaknya sendiri menjual kepentingan bumiputera kepada Singapura. Tidakkah ini sama saja?
Tun…Tun…Macam baling najis ke langit akhirnya terpalit di wajah sendiri…
Sudahlah Mahathir.. Cukup-cukuplah dosa kau dulu.. Bertaubahlah selagi ada masa
Selamatkan Malaysia dari Mahathir dan UMNO, baru Negara OK!
maaf saudara al-keriani..
apa yang saya tulis tu tiada kaitan langsung dengan saudara.. saya mengajukan itu semua terhadap ahli-ahli politik di malaysia ini..
penerangan saudara al-keriani sangat bagus..
New Cabinet:
Prime Minister - Anwar
Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang
Agriculture Minister -
Community Minister -
Culture Minister - Farish Noor
Defence Minister - Azmin Ali
Education Minister - Nga Kor Ming
Environment Minister - Teresa Kok
Finance Minister - Tony Pua
Foreign Minister - Ramasamy
Health Minister - Tan Seng Giaw
Home Minister -
Information Minister - Jeff Ooi
Law Minister - Teng Chang Khim
Manpower Minister -
Sports Minister -
Technology Minister -
Trade Minister - Khalid
Transport Minister - Liew Chin Tong
Tourism Minister -
mahathir kalu jahat masa dia memerintah tapi dia cerdik tp paklah ni dahla jahat ..bodoh nak mampus...aku tak nmpk lagi apa yg dia buat sejak jd pm..huh..pegi mampus la ko paklah siallllllllllll..org bodoh kalu jd pemerintah ni la jdnya...
Post a Comment