Thursday, June 18, 2009

Isu Chin Peng: Asas Hujah DSAI

Salam,

Ini merupakan kesinambungan perbincangan mengenai isu Chin Peng. Saya lihat ramai pembaca-pembaca terkeliru ataupun tersilap dalam melabel DSAI sebagai pengkianat bangsa apabila menyarankan kerajaan untuk menerima semula kemasukkan Chin Peng ke Malaysia. Saranan yang diutarakan oleh DSAI nyata berasas dan berlandaskan faktor sejarah. Ramai diantara kita tidak tahu akan wujudnya Perjanjian Damai PKM-Malaysia. Ia dikenali dengan nama Perjanjian Hadyai 1989. Berikut adalah intipati perjanjian.

Pertama:

Menamatkan aktiviti ketenteraan. Selepas menandatangani perjanjian itu, Malaysia dan PKM akan menghentikan serta-merta aktiviti ketenteraan.

Kedua:

Membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar.

Ketiga:

Penempatan di Malaysia. Anggota PKM dan anggota unit tenteranya yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia, akan dibenarkan berbuat demikian selaras dengan undang-undang. Mereka yang bukan berasal dari Malaysia, jika mereka mahu, juga boleh berbuat demikian selaras dengan undang-undang Malaysia.

Keempat:

Bantuan oleh pihak berkuasa Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan akan membantu mereka memulakan hidup baru.

*intipati ini diambil dari arkib utusan.com.my (27 May 2009) tulisan PROF. DR. MOHD. SAFAR HASIM.


Melihat kepada intipati Perjanjian Hadyai ini, dapatlah kita rumuskan bahawa hujah ataupun saranan DSAI betapa harus kerajaan membenarkan kemasukkan semula Chin Peng , sebagai mempunyai asas yang konkrit.

Sebelum ini, kerajaan telah menerima kembali kemasukkan semula beberapa tokoh pimpinan tertinggi PKM termasuk Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abdullah C.D, Suraini Abdullah dan Musa Ahmad. Soalan saya apa bezanya Chin Peng dari mereka semua? Meraka semua adalah pimpinan tertinggi PKM. Seharusnya diberi layanan yang saksama. Oleh itu, kemasukkan Chin Peng wajar dibenarkan atas dasar Perjanjian Hadyai yang telah dimeterai.

Nasihat saya kepada teraju utama kerajaan (UMNO) terutamanya Menteri Dalam Negeri, jangan kalian lupa akan sejarah. Bukankah kalian yang sering bertempik supaya jangan dilupakan Kontrak Sosial yang telah dimeterai? Perjanjian Hadyai 1989 juga merupakan satu perjanjian damai yang tidak seharusnya dilupai!

"Pact Sunt Servanda- A Contract Must Be Honoured!!!"

Monday, June 15, 2009

Chin Peng: Dipolitikkan!

Salam,

Isu DSAI yang meminta kerajaan membenarkan kemasukkan semula Chin Peng ke negara ini telah dipolitikkan. Saya nyata tidak setuju dengan saranan penasihat PKR itu kerana isu ini akan menaikkan isu sentimen yang berbahaya.

Tetapi, kenapa isu ini dipolitikkan? Hanya kerana penasihat pembangkang yang mengutarakan isu ini, lalu ia dipolitikkan? Mahu tahan DSAI bawah ISA la..itu la ..ini la.... Tp kalau DS Najib yang mengutarakan isu ini? Siapa yang berani bersuara? Siapa yang berani humban DS Najib masuk ISA?? Siapa??? Sebaiknya beliau akan dipuji dan disanjung.

Nasihat saya, jangan salah guna akta ISA dan jangan politikkan isu yang tidak sepatutnya dipolitikkan.

Tuesday, June 2, 2009

UNCLOS: Compromis Between Malaysia & Vietnam


Dear All,

Malaysia & Vietnam have "compromis" to bring the dispute relating to the continental shelf to UNCLOS (United Nation Conference on Law of The Sea 1982). A little info's regarding UNCLOS. UNCLOS was open to signature on 1982 and it took 9 years to achieve its minimum 60 ractification from states all around the world (particularly referring to UN Members). It was enforced on 1992. UNCLOS have adopted 4 Geneva Convention which is:

1949 Convention on Territorial Sea and Contigeous Zone
1949 Convention on Continentel Shelf
1949 Convention on High Sea
1949 Convention on Fishing

Every coastal states have a maximum 350 nautical miles of continental shelf. Disputes occurs when there is an adjecent states where both states continental shelf overlap each others. Disputes usually will be forwarded to UNCLOS by mutual consent inorder to determine continental shelf limits of each states. The limit will be determined by the theory of "equidistance".


Sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin

Salam Buat Semua,

Pautan ini adalah platfom saya untuk menyuarakan sokongan saya terhadap cadangan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengehadkan subjek bagi peperiksaan SPM kepada 10 subjek maksimum.

Kebelakangan ini, keputusan peperiksaan SPM sentiasa menjadi tumpuan. Mana tidaknya setiap tahun ada saja pelajar yang memperoleh 15A1, 18A1, 23A1 dan bilangan A semakin bertambah tahun demi tahun. Hipotesisnya disini adalah; adakah semakin banyak A1 yang diperoleh -semakin pandai pelajar itu? Ataupun, semakin ramai pelajar yang mendapat 23A1, semakin terbukti keberkesanan sistem pembelajaran di sekolah?

Sebenarnya, berapa banyak bilangan A yg diperoleh tidak mencerminkan apa-apa. Mari kita renung dan kaji sejenak. Kalau kita lihat dan perhatikan, sistem pembelajaran dan peperiksaan di Malaysia sebenarnya membebankan pelajar. Selama 11 tahun tempoh pembelajaran rendah & menengah, sebenarnya seseorang pelajar itu terseksa emosi dan mental. Mana tidaknya, sistem pembelajaran di Malaysia ini berorentasikan peperiksaan semata. "Belajar untuk Peperiksaan" inilah moto hidup pelajar di Malaysia. Mereka menghafal dan memuntahkan segalanya di meja peperiksaan. Mereka mengejar "A" dan status "Cemerlang". Manakala, pelajar yang agak kebelakang dilabel sebagai pelajar tidak menepati piawaian.

Sepatutnya, bukan begini cara yang ideal untuk mendidik pelajar. Pendapat saya, sistem pembelajaran yang terbaik adalah sistem pembelajaran pengkhususan. Seperti di negara Jepun dan German, sistem pembelajaran pengkhususan dipraktikkan. Teori diajar manakala praktikal di utamakan. Inilah sistem yang saya kira terbaik. Dengan ini kita dapat lahirkan golongan pelajar yang lebih berkualiti dan produktif. Untuk melaksanakan sistem ini di Malaysia bukan sesuatu yang mudah. Kita perlu merombak secara keseluruhan sistem pembelajaran feudal ini. Sokongan saya suarakan sekali lagi atas cadangan Tan Sri Muhyiddin untuk mengurangkan bilangan subjek teras kepada 4 subjek. Ini satu anjakkan kearah sistem perbelajaran yang lebih efisien dan berkualiti.

Sang Kencana mengharapkan dilaksanakan segara dan bukannya sekadar omongan kosong sahaja.

Sekian.

Saturday, January 24, 2009


Salam,

Saya tertarik dengan cadangan yang diberikan oleh Datuk Seri Khir Toyo(DSKT), calon Ketua Pemuda UMNO, di dalam laman web KLPOS. Beliau ada menggariskan 3 perkara yang perlu diambil tindakkan oleh UMNO untuk pulihkan parti itu dan kembalikan kepercayaan rakyat.



Saya sedikit bersetuju dengan cadangan itu tetapi ada 3 perkara yang perlu UMNO lakukan sebelum menuruti 3 cadangan DSKT itu. 3 perkara itu adalah seperti berikut:


1. Hapuskan kurupsi dalaman UMNO

2. Henti laung Ketuanan MELAYU

3. Kuatkan ukhwah antara parti dalaman UMNO


3 perkara yang saya sebut diatas mesti dibuat dahulu. Selepas itu, baru kita buat seperti yang disarankan oleh DSKT.


Sekian.

Oleh: Sang Kencana

Friday, January 23, 2009

Bola: Malaysia Kalah Lagi


Salam buat semua,

Perkataan 'kalah' memang sinonim dengan Pasukan Bolasepak Malaysia. Baru-baru ini, skuad negara di ganyang oleh UAE, 5-0. Apa nak jadi ni??? Asal masuk tournament je bungkus, kalah!
Sekarang ni kita nak salahkan siapa? Jurulatih? Pemain itu sendiri? Ataupun padang stadium? ataupun jenama 'boot' yang digunakan??? Senang cerita camni lah.Pasukan bola kita memang hampeh! Nak kata tak reti main bola, sah2 diaorang semua tu dasyat! Sebab tu terpilih mewakili negara. Saiz badan yang kecil berbanding pemain negara lain? Itu bukan alasan yang logik. Roberto Carlos pun bersaiz kecil, tapi hebat je dia tu.


Antara beberapa faktor kekalahan (survey):
1. Pemain kurang disiplin diri (Merokok, Makan makanan tak berkhasiat dsb)
2. Popular sangat mengalahkan artis ( Skandal ngan artis la, pelakon la etc )
3. Bajet hebat sangat ( Baru menang ngan Laos dah confident n berlagak )
4. Warna jersey kurang sesuai ( Cadangan: Tukar kaler Pink corak bunga-bunga)
5. Rambut nak spikey tapi hampeh ( Malas nak tanduk bola atas alasan rambut baru buat kat saloon)


Kesimpulanya, banyak yang Skuad Bola Malaysia ni kena improve. Peminat dah mula jelak dan hilang kepercayaan. Nasihat saya, kembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia macam zaman Mokhtar Dahari dulu.


"it is not about fame that you get, but fame that you brought"- sang kencana 09

Monday, January 19, 2009

Tahniah Mohd Abdul Wahid Endut


Salam buat semua,



Tanggal 17/01/09 sekali lagi menyaksikan kehebatan kuasa rakyat (pengundi-pengundi) di Kuala Terengganu. Nyata pengundi-pengundi di Kuala Terengganu menolak dan tidak mahu lagi 'menjamah' akan 'gula-gula beracun' hidangan UMNO. Margin 2631 undi menjadi bukti penolakkan tersebut. Keadaan UMNO sekarang di ibaratkan seperti kata bidalan "Umpanku habis, ikan terlepas".



Buat En. Mohd Abdul Wahid Endut, jangan sia-siakan kepercayaan rakyat. Bertugaslah dengan penuh hemah dan amanah. Jangan hampiri korupsi. Saya doakan kejayaan anda.

Monday, January 12, 2009

Glory - Glory Man Utd


Tahniah buat Man Utd yang berjaya menumpaskan Chelsea 3-0 dalam satu perlawanan yang penuh aksi tadi. Kedua-dua pasukan menunjukkan kesungguhan tapi nasib tampak menyebelahi united. Gol-gol Man Utd disumbangkan oleh:



1. Nemanja Vidic (45)

2. Wayne Rooney (63)

3. Dimitar Berbatov (87)



Kini, Man Utd di tangga ketiga liga dengan 41 mata dan juga berbekalkan 2 baki perlawanan. Pada 14/01/2009, Man Utd akan menerima kunjungan Wigan di Old Trafford. Sama-sama kita nantikannya.

Sunday, January 11, 2009

Post Pertama 2009: No to Zionis!

Salam buat semua,

Ini adalah post pertama saya tahun 2009 ini. Tamat sudah pertapaan dan sesi berehat. Kini, Sang Kencana akan kembali aktif menulis dan melontarkan idea serta pandangan.

Dunia di kejutkan dengan kekejaman rejim zionis. Ini bukan kami pertama mereka bermaharajalela, tapi sudah banyak kali. Sejak tahun 1946, kaum pengecut(laknatullah) ini menghantui umat Islam terutamanya penduduk Palestine. Mari kita lihat peta dibawah:

Daripada kaum minoriti di bumi Allah(Palestine), mereka berkembang sehingga habis Palestine mereka ratah. Mereka (israel a.k.a zionis) ini mendapat perlindungan dari VETO dunia terutamanya dari Amerika Syarikat. Kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestine amat teruk skali. Sehingga hari ini jumlah penduduk Palestine yang syahid (insyaAllah) meningkat kepada lebih 700 orang berbalas 2 sahaja askar Israel yang terbunuh.

Di Malaysia, pelbagai NGO-NGO turun padang menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah mereka terhadap rejim zionis. Pelbagai demonstrasi telah dilakukan. Kerajaan juga telah membenarkan mahasiswa untuk turut sama berdemostrasi. Kita juga digesa untuk memboikot barang keluaran Israel (sila rujuk carta diatas). Perbuatan memboikot dan berdemostrasi adalah satu perbuatan positif dan bijak. Tetapi mari kita renung sejenak, apa guna demostrasi kalau kerajaan kita sendiri hanya duduk berdiam diri. Apa guna kita boikot kalau kerajaan kita sendiri tajut untuk menyatakan terang-terangan diperingkat dunia yang "Malaysia benci akan Yahudi".



Sepatutnya kerajaanlah yang memainkan peranan penting dalam memerangi rejim zionis ini. Mansuhkan dan tamatkan segala usaha sama dengan Israel (kalau ada) dan juga sekutu terdekat mereka (a.k.a Amerika Syarikat). Tapi kerajaan kita takut. Ini kerana Amerika Syarikat adalah pengimport terbesar minyak sawit Malaysia. Kerajaan kita ini masih memikirkan keuntungan dan rela menjual agama dan pendirian. Apa guna kestabilan ekonomi jikalau umat Islam ditindas.??? Kita tidak lagi boleh berdiam diri dan melihat saudara-saudara seagama dengan kita dipijak dan ditindas. Fikir dan renungkanlah sejenak.



oleh: Sang Kencana