Tuesday, June 2, 2009

Sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin

Salam Buat Semua,

Pautan ini adalah platfom saya untuk menyuarakan sokongan saya terhadap cadangan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengehadkan subjek bagi peperiksaan SPM kepada 10 subjek maksimum.

Kebelakangan ini, keputusan peperiksaan SPM sentiasa menjadi tumpuan. Mana tidaknya setiap tahun ada saja pelajar yang memperoleh 15A1, 18A1, 23A1 dan bilangan A semakin bertambah tahun demi tahun. Hipotesisnya disini adalah; adakah semakin banyak A1 yang diperoleh -semakin pandai pelajar itu? Ataupun, semakin ramai pelajar yang mendapat 23A1, semakin terbukti keberkesanan sistem pembelajaran di sekolah?

Sebenarnya, berapa banyak bilangan A yg diperoleh tidak mencerminkan apa-apa. Mari kita renung dan kaji sejenak. Kalau kita lihat dan perhatikan, sistem pembelajaran dan peperiksaan di Malaysia sebenarnya membebankan pelajar. Selama 11 tahun tempoh pembelajaran rendah & menengah, sebenarnya seseorang pelajar itu terseksa emosi dan mental. Mana tidaknya, sistem pembelajaran di Malaysia ini berorentasikan peperiksaan semata. "Belajar untuk Peperiksaan" inilah moto hidup pelajar di Malaysia. Mereka menghafal dan memuntahkan segalanya di meja peperiksaan. Mereka mengejar "A" dan status "Cemerlang". Manakala, pelajar yang agak kebelakang dilabel sebagai pelajar tidak menepati piawaian.

Sepatutnya, bukan begini cara yang ideal untuk mendidik pelajar. Pendapat saya, sistem pembelajaran yang terbaik adalah sistem pembelajaran pengkhususan. Seperti di negara Jepun dan German, sistem pembelajaran pengkhususan dipraktikkan. Teori diajar manakala praktikal di utamakan. Inilah sistem yang saya kira terbaik. Dengan ini kita dapat lahirkan golongan pelajar yang lebih berkualiti dan produktif. Untuk melaksanakan sistem ini di Malaysia bukan sesuatu yang mudah. Kita perlu merombak secara keseluruhan sistem pembelajaran feudal ini. Sokongan saya suarakan sekali lagi atas cadangan Tan Sri Muhyiddin untuk mengurangkan bilangan subjek teras kepada 4 subjek. Ini satu anjakkan kearah sistem perbelajaran yang lebih efisien dan berkualiti.

Sang Kencana mengharapkan dilaksanakan segara dan bukannya sekadar omongan kosong sahaja.

Sekian.

No comments: