Thursday, June 18, 2009

Isu Chin Peng: Asas Hujah DSAI

Salam,

Ini merupakan kesinambungan perbincangan mengenai isu Chin Peng. Saya lihat ramai pembaca-pembaca terkeliru ataupun tersilap dalam melabel DSAI sebagai pengkianat bangsa apabila menyarankan kerajaan untuk menerima semula kemasukkan Chin Peng ke Malaysia. Saranan yang diutarakan oleh DSAI nyata berasas dan berlandaskan faktor sejarah. Ramai diantara kita tidak tahu akan wujudnya Perjanjian Damai PKM-Malaysia. Ia dikenali dengan nama Perjanjian Hadyai 1989. Berikut adalah intipati perjanjian.

Pertama:

Menamatkan aktiviti ketenteraan. Selepas menandatangani perjanjian itu, Malaysia dan PKM akan menghentikan serta-merta aktiviti ketenteraan.

Kedua:

Membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar.

Ketiga:

Penempatan di Malaysia. Anggota PKM dan anggota unit tenteranya yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia, akan dibenarkan berbuat demikian selaras dengan undang-undang. Mereka yang bukan berasal dari Malaysia, jika mereka mahu, juga boleh berbuat demikian selaras dengan undang-undang Malaysia.

Keempat:

Bantuan oleh pihak berkuasa Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan akan membantu mereka memulakan hidup baru.

*intipati ini diambil dari arkib utusan.com.my (27 May 2009) tulisan PROF. DR. MOHD. SAFAR HASIM.


Melihat kepada intipati Perjanjian Hadyai ini, dapatlah kita rumuskan bahawa hujah ataupun saranan DSAI betapa harus kerajaan membenarkan kemasukkan semula Chin Peng , sebagai mempunyai asas yang konkrit.

Sebelum ini, kerajaan telah menerima kembali kemasukkan semula beberapa tokoh pimpinan tertinggi PKM termasuk Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abdullah C.D, Suraini Abdullah dan Musa Ahmad. Soalan saya apa bezanya Chin Peng dari mereka semua? Meraka semua adalah pimpinan tertinggi PKM. Seharusnya diberi layanan yang saksama. Oleh itu, kemasukkan Chin Peng wajar dibenarkan atas dasar Perjanjian Hadyai yang telah dimeterai.

Nasihat saya kepada teraju utama kerajaan (UMNO) terutamanya Menteri Dalam Negeri, jangan kalian lupa akan sejarah. Bukankah kalian yang sering bertempik supaya jangan dilupakan Kontrak Sosial yang telah dimeterai? Perjanjian Hadyai 1989 juga merupakan satu perjanjian damai yang tidak seharusnya dilupai!

"Pact Sunt Servanda- A Contract Must Be Honoured!!!"

Monday, June 15, 2009

Chin Peng: Dipolitikkan!

Salam,

Isu DSAI yang meminta kerajaan membenarkan kemasukkan semula Chin Peng ke negara ini telah dipolitikkan. Saya nyata tidak setuju dengan saranan penasihat PKR itu kerana isu ini akan menaikkan isu sentimen yang berbahaya.

Tetapi, kenapa isu ini dipolitikkan? Hanya kerana penasihat pembangkang yang mengutarakan isu ini, lalu ia dipolitikkan? Mahu tahan DSAI bawah ISA la..itu la ..ini la.... Tp kalau DS Najib yang mengutarakan isu ini? Siapa yang berani bersuara? Siapa yang berani humban DS Najib masuk ISA?? Siapa??? Sebaiknya beliau akan dipuji dan disanjung.

Nasihat saya, jangan salah guna akta ISA dan jangan politikkan isu yang tidak sepatutnya dipolitikkan.

Tuesday, June 2, 2009

UNCLOS: Compromis Between Malaysia & Vietnam


Dear All,

Malaysia & Vietnam have "compromis" to bring the dispute relating to the continental shelf to UNCLOS (United Nation Conference on Law of The Sea 1982). A little info's regarding UNCLOS. UNCLOS was open to signature on 1982 and it took 9 years to achieve its minimum 60 ractification from states all around the world (particularly referring to UN Members). It was enforced on 1992. UNCLOS have adopted 4 Geneva Convention which is:

1949 Convention on Territorial Sea and Contigeous Zone
1949 Convention on Continentel Shelf
1949 Convention on High Sea
1949 Convention on Fishing

Every coastal states have a maximum 350 nautical miles of continental shelf. Disputes occurs when there is an adjecent states where both states continental shelf overlap each others. Disputes usually will be forwarded to UNCLOS by mutual consent inorder to determine continental shelf limits of each states. The limit will be determined by the theory of "equidistance".


Sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin

Salam Buat Semua,

Pautan ini adalah platfom saya untuk menyuarakan sokongan saya terhadap cadangan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengehadkan subjek bagi peperiksaan SPM kepada 10 subjek maksimum.

Kebelakangan ini, keputusan peperiksaan SPM sentiasa menjadi tumpuan. Mana tidaknya setiap tahun ada saja pelajar yang memperoleh 15A1, 18A1, 23A1 dan bilangan A semakin bertambah tahun demi tahun. Hipotesisnya disini adalah; adakah semakin banyak A1 yang diperoleh -semakin pandai pelajar itu? Ataupun, semakin ramai pelajar yang mendapat 23A1, semakin terbukti keberkesanan sistem pembelajaran di sekolah?

Sebenarnya, berapa banyak bilangan A yg diperoleh tidak mencerminkan apa-apa. Mari kita renung dan kaji sejenak. Kalau kita lihat dan perhatikan, sistem pembelajaran dan peperiksaan di Malaysia sebenarnya membebankan pelajar. Selama 11 tahun tempoh pembelajaran rendah & menengah, sebenarnya seseorang pelajar itu terseksa emosi dan mental. Mana tidaknya, sistem pembelajaran di Malaysia ini berorentasikan peperiksaan semata. "Belajar untuk Peperiksaan" inilah moto hidup pelajar di Malaysia. Mereka menghafal dan memuntahkan segalanya di meja peperiksaan. Mereka mengejar "A" dan status "Cemerlang". Manakala, pelajar yang agak kebelakang dilabel sebagai pelajar tidak menepati piawaian.

Sepatutnya, bukan begini cara yang ideal untuk mendidik pelajar. Pendapat saya, sistem pembelajaran yang terbaik adalah sistem pembelajaran pengkhususan. Seperti di negara Jepun dan German, sistem pembelajaran pengkhususan dipraktikkan. Teori diajar manakala praktikal di utamakan. Inilah sistem yang saya kira terbaik. Dengan ini kita dapat lahirkan golongan pelajar yang lebih berkualiti dan produktif. Untuk melaksanakan sistem ini di Malaysia bukan sesuatu yang mudah. Kita perlu merombak secara keseluruhan sistem pembelajaran feudal ini. Sokongan saya suarakan sekali lagi atas cadangan Tan Sri Muhyiddin untuk mengurangkan bilangan subjek teras kepada 4 subjek. Ini satu anjakkan kearah sistem perbelajaran yang lebih efisien dan berkualiti.

Sang Kencana mengharapkan dilaksanakan segara dan bukannya sekadar omongan kosong sahaja.

Sekian.