Wednesday, April 30, 2008

Mekanisma Baru RMK-9 Bukan Penyelesai Masalah!!!

Mengulus berita terbitan akhbar UTUSAN UMNO MALAYSIA bertarikh 30 April 2008, Pak LAH mengeluarkan satu pernyataan di mana RMK-9 menjanjikan satu mekanisma baru bagi menangani dan mengawal kenaikan harga barang.

Masalah kenaikan harga barang kian meruncing. Pandangan saya, senang Mekanisma terbaik dalam menangani masalah ini adalah Penurunan HARGA MINYAK. Tak perlu fikir panjang, turun harga minyak insyaAllah, turunlah harga barang-barang lain. Dari tahun 1996-1999, Malaysia mencatat keuntungan RM 40 Billion hasil dari penjualan minyak. Tahun 2000 mencatatkan keuntungan RM80 Billion.

Dahulu, zaman DSAI, harga minyak RM 1.10 seliter. Tak pernah naik, harga barang pun sama. Tidak ada masalah harga tepung naik, harga gula, beras dsb. Sekarang harga minyak seliter menjangkau RM 1.92 +-. Harga naik mengila menyebabkan semua benda naik harga. Minyak ini penting. Ia merangkumi isu logistik dan pengangkutan. Kalau kos pengangkutan tinggi, harga barang pun secara logiknya wajar naik.

Setakat baru nak cadangkan atau fikirkan mekanisma macam mana nak turunkan harga, SORRY, agak terlewat!

Satu cara yang paling mudah, tak rugikan kerajaan atau pun rakyat adalah dengan menurunkan harga minyak seperti zaman TUN dahulu. Minyak dijual dalam harga Rm1.10 seliter dan kerajaan masih mampu mengaut untung RM 40 Billion setahun. Buat apa nak untung lebih?

Nak lakukan pembanggunan?? Masih banyak kawasan yang belum maju di Malaysia ni. Kalau setakat nak penuhkan poket kroni-kroni, RM 40 Billion dah cukup. Orang tamak selalu rugi.

Rakyat Malaysia tidak bodoh dan mampu menilai!!!!

Ceritera Moscow


Hari ini, jam 2.45 (waktu Malaysia), telah berlangsung satu perlawanan bola sepak terhebat abad ini. Perlawanan di antara Manchester United v Barcelona. Perlawanan yang sengit memaparkan cubaan-cubaan bahaya dari kedua-dua pasukan. Barcelona hanya perlukan keputusan seri untuk mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2008. Asakan demi asakan, akhirnya pada minit ke-13 perlawanan, tepat jam 2.58 (waktu Malaysia), Manchester United dihadapan hasil 'volley' daripada pemain veteran Paul Scholes. Pemain berjersi 18 itu melepaskan satu sepakan padu ke bucu atas kanan gawang gol dan menewaskan Victor Valdes.







Jaringan Paul itu telah membawa Manchester United ke perlawanan akhir. Tahniah di ucapkan kepada The Red Devil!!!! . Saksikanlah betapa cantiknya jaringan itu.




Jumpa di Moscow!


p/s: Man Utd v Liverpool (Final) Ahaks....

Antara Babi & Sarjan Hassan!!

Kebelakangan ini, acapkali kedengaran isu berkenaan dengan “Artiodactyla Suidae” atau dalam pangilan kontemporarinya merujuk kepada babi. Dari segi agama, Islam sama sekali melarang keras umatnya makan babi.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Terjemahan Al-Quran Surah Al-An'am Ayat 145)


Agama Yahudi juga turut melarang amalan memakan babi.

Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:

"Jangan makan babi. Binatang itu haram, karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."

Mengulas pendapat yang dikeluarkan oleh mufti kerajaan Perlis dan mufti kerajaan Selangor (UMNO)(PAKATAN RAKYAT), ternyata kedua-duanya bulat kata dalam membincangkan isu ini.


Bagi pihak diri saya, adalah tidak menjadi masalah besar untuk menjayakan Projek Ternakan Babi selagi mana ia tidak mengangu-gugat orang lain secara terus. Tapi harus di ingat, pihak berwajib yang melaksanakan atau BAKAL menjayakan projek ini perlulah mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat. Isu lokasi, penyaluran najis, pelupusan bangkai haruslah diberi perhatian khusus. Ini untuk mengelakkan wabak penyakit seperti VIRUS NIPAH & JE kembali mengganas dan meragut jiwa. Kalau bab ini tak boleh diselesaikan kerajaan pusat, harap lupakan lah projek mega itu.


Isu babi ini tidak perlu dipolitikkan. Kebelakangan ini, cenderung saya melihat, di dada-dada akhbar, populariti isu ini semakin meningkat. Isu babi ini dipolitikkan dan digunakan untuk menuding jari mencari salah orang lain. Sesetengah parti politik gunakan isu ini untuk raih simpati masyarakat. Mereka katakan kerajaan baru negeri itu pentingkan keuntungan dan cuai terhadap kehendak rakyat. Tapi mereka lupa, isu ini adalah isu berbangkit dari zaman mereka mentakbir negeri itu. Pikir dahulu sebelum melontar kata. Takut malu sendiri.

Mengulas wacana berita yang dikeluarkan oleh Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 April 2008 yang boleh dibaca di sisipan:

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0420&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_04.htm&arc=hive

Mereka menyatakan isu eksport babi bertentangan dengan status Malaysia sebagai Negara Islam. Saya tak berminat untuk menyentuh berkenaan isu eksport babi tetapi berminat untuk mengulas isu Malaysia Negara Islam.

Malaysia BUKAN Negara ISLAM!!!

Satu fakta yang mesti diterima. Berbekalkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Agama Islam sebagai agama rasmi dan ahli kepada Pertubuhan OIC belum cukup untuk kita ditabalkan sebagai Negara ISLAM.

Para cendakiawan Islam, seperti Muhammad Asad, Al-Maududi dan Muhammad Iqbal menyatakan KeISLAMan sesebuah Negara itu adalah apabila UNDANG-UNDANG HUDUD di tabalkan sebagai undang-undang utama dan AL-QURAN dan SUNNAH menjadi sumber rujukan utama. Oleh itu, Malaysia bukan Negara ISLAM tetapi lebih molek dikatakan sebagai Negara Muslim ataupun MUSLIM COUNTRY.

Nasihat saya, berucap biar berakal, menulis biar PINTAR!!!!

Parlimen yang bersidang semalam menyaksikan bermacam-macam gaya baru MP. Antara yang mencuri tumpuan adalah MP BN yang seakan-akan ‘Sarjan Hassan’. Jambang yang dibiarkan tidak bercukur jelas membayangi watak yang di lakonkan oleh Tan Sri P Ramlee itu. Walau apa pun, imej baru tidak dapat menutup segala penipuan yang dikau lakukan wahai MP Rembau. Kemenangan yang bangkit dari kekalahan 800 undi kiraan pertama itu pun, adalah ehsan undi POS yang tiba lewat. TeruskanLAH mengampu & memperbodohkan bapak mertuamu itu. Sebelum PRU lantang berkata-kata. Sehingga SITI pun turun padang menyokongmu. Selepas PRU, diam seribu bahasa. Bertaubatkah??? Ataupun sedang mencatur teknik memperbodohkan orang yang baru???? IngatLAH, rakyat sentiasa memandang dan menilai.

Tuesday, April 22, 2008

Berikutan dengan situasi 
Politik negara yang 
semakin Panas, Sang Kencana tidak mahu 
ketinggalan dalam memaparkan komen dan 
pandangan.Mulai saat ini, Blog ini akan dipenuhi 
dengan pautan berunsur politik
samada yang bersifat keterlaluan mahupuntidak.

Harap Maklum!!!

Potrait Indonesia