Wednesday, April 30, 2008

Antara Babi & Sarjan Hassan!!

Kebelakangan ini, acapkali kedengaran isu berkenaan dengan “Artiodactyla Suidae” atau dalam pangilan kontemporarinya merujuk kepada babi. Dari segi agama, Islam sama sekali melarang keras umatnya makan babi.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Terjemahan Al-Quran Surah Al-An'am Ayat 145)


Agama Yahudi juga turut melarang amalan memakan babi.

Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:

"Jangan makan babi. Binatang itu haram, karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."

Mengulas pendapat yang dikeluarkan oleh mufti kerajaan Perlis dan mufti kerajaan Selangor (UMNO)(PAKATAN RAKYAT), ternyata kedua-duanya bulat kata dalam membincangkan isu ini.


Bagi pihak diri saya, adalah tidak menjadi masalah besar untuk menjayakan Projek Ternakan Babi selagi mana ia tidak mengangu-gugat orang lain secara terus. Tapi harus di ingat, pihak berwajib yang melaksanakan atau BAKAL menjayakan projek ini perlulah mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat. Isu lokasi, penyaluran najis, pelupusan bangkai haruslah diberi perhatian khusus. Ini untuk mengelakkan wabak penyakit seperti VIRUS NIPAH & JE kembali mengganas dan meragut jiwa. Kalau bab ini tak boleh diselesaikan kerajaan pusat, harap lupakan lah projek mega itu.


Isu babi ini tidak perlu dipolitikkan. Kebelakangan ini, cenderung saya melihat, di dada-dada akhbar, populariti isu ini semakin meningkat. Isu babi ini dipolitikkan dan digunakan untuk menuding jari mencari salah orang lain. Sesetengah parti politik gunakan isu ini untuk raih simpati masyarakat. Mereka katakan kerajaan baru negeri itu pentingkan keuntungan dan cuai terhadap kehendak rakyat. Tapi mereka lupa, isu ini adalah isu berbangkit dari zaman mereka mentakbir negeri itu. Pikir dahulu sebelum melontar kata. Takut malu sendiri.

Mengulas wacana berita yang dikeluarkan oleh Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 April 2008 yang boleh dibaca di sisipan:

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0420&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_04.htm&arc=hive

Mereka menyatakan isu eksport babi bertentangan dengan status Malaysia sebagai Negara Islam. Saya tak berminat untuk menyentuh berkenaan isu eksport babi tetapi berminat untuk mengulas isu Malaysia Negara Islam.

Malaysia BUKAN Negara ISLAM!!!

Satu fakta yang mesti diterima. Berbekalkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Agama Islam sebagai agama rasmi dan ahli kepada Pertubuhan OIC belum cukup untuk kita ditabalkan sebagai Negara ISLAM.

Para cendakiawan Islam, seperti Muhammad Asad, Al-Maududi dan Muhammad Iqbal menyatakan KeISLAMan sesebuah Negara itu adalah apabila UNDANG-UNDANG HUDUD di tabalkan sebagai undang-undang utama dan AL-QURAN dan SUNNAH menjadi sumber rujukan utama. Oleh itu, Malaysia bukan Negara ISLAM tetapi lebih molek dikatakan sebagai Negara Muslim ataupun MUSLIM COUNTRY.

Nasihat saya, berucap biar berakal, menulis biar PINTAR!!!!

Parlimen yang bersidang semalam menyaksikan bermacam-macam gaya baru MP. Antara yang mencuri tumpuan adalah MP BN yang seakan-akan ‘Sarjan Hassan’. Jambang yang dibiarkan tidak bercukur jelas membayangi watak yang di lakonkan oleh Tan Sri P Ramlee itu. Walau apa pun, imej baru tidak dapat menutup segala penipuan yang dikau lakukan wahai MP Rembau. Kemenangan yang bangkit dari kekalahan 800 undi kiraan pertama itu pun, adalah ehsan undi POS yang tiba lewat. TeruskanLAH mengampu & memperbodohkan bapak mertuamu itu. Sebelum PRU lantang berkata-kata. Sehingga SITI pun turun padang menyokongmu. Selepas PRU, diam seribu bahasa. Bertaubatkah??? Ataupun sedang mencatur teknik memperbodohkan orang yang baru???? IngatLAH, rakyat sentiasa memandang dan menilai.

No comments: