Wednesday, April 30, 2008

Mekanisma Baru RMK-9 Bukan Penyelesai Masalah!!!

Mengulus berita terbitan akhbar UTUSAN UMNO MALAYSIA bertarikh 30 April 2008, Pak LAH mengeluarkan satu pernyataan di mana RMK-9 menjanjikan satu mekanisma baru bagi menangani dan mengawal kenaikan harga barang.

Masalah kenaikan harga barang kian meruncing. Pandangan saya, senang Mekanisma terbaik dalam menangani masalah ini adalah Penurunan HARGA MINYAK. Tak perlu fikir panjang, turun harga minyak insyaAllah, turunlah harga barang-barang lain. Dari tahun 1996-1999, Malaysia mencatat keuntungan RM 40 Billion hasil dari penjualan minyak. Tahun 2000 mencatatkan keuntungan RM80 Billion.

Dahulu, zaman DSAI, harga minyak RM 1.10 seliter. Tak pernah naik, harga barang pun sama. Tidak ada masalah harga tepung naik, harga gula, beras dsb. Sekarang harga minyak seliter menjangkau RM 1.92 +-. Harga naik mengila menyebabkan semua benda naik harga. Minyak ini penting. Ia merangkumi isu logistik dan pengangkutan. Kalau kos pengangkutan tinggi, harga barang pun secara logiknya wajar naik.

Setakat baru nak cadangkan atau fikirkan mekanisma macam mana nak turunkan harga, SORRY, agak terlewat!

Satu cara yang paling mudah, tak rugikan kerajaan atau pun rakyat adalah dengan menurunkan harga minyak seperti zaman TUN dahulu. Minyak dijual dalam harga Rm1.10 seliter dan kerajaan masih mampu mengaut untung RM 40 Billion setahun. Buat apa nak untung lebih?

Nak lakukan pembanggunan?? Masih banyak kawasan yang belum maju di Malaysia ni. Kalau setakat nak penuhkan poket kroni-kroni, RM 40 Billion dah cukup. Orang tamak selalu rugi.

Rakyat Malaysia tidak bodoh dan mampu menilai!!!!

No comments: