Monday, December 27, 2010

Masih Unbeaten!

Kemenangan 2-0 Man Utd keatas Sunderland telah mengekalkan rekod tanpa kalah united kepada 17 perlawanan. Dua gol itu disumbangkan oleh Dimitar Berbatov melalui satu "header" dan gol padang. Teruskan kemaraanmu United!

Malam ini ada satu lagi pertemuan hebat pada jam 4.00 pagi diantara Arsenal - Chelsea. Kedua-dua pasukan akan bertungkus lumus untuk merapati United.

"Prediction" Sang Kencana: ARS 1-1 CHE

Sunday, December 26, 2010

AFC Asian Cup : Final Part 1

Game cantik, pemain Malaysia dasyat! Penyokong (segelintir)? Hampeh. Main leser dan mercun, macam budak-budak. Yang peliknya, macam mana mercun dan leser itu "terlepas" masuk ke Stadium???? Pihak pengurusan terlepas pandangkah?

p/s: harap perkara seumpama ini tidak berulang. Bikin malu sahaja...
Salam,

Setelah sekian lama tidak meng"update" blog ini, Sang Kencana akan kembali merencanakan pendapatnya tanpa sempadan.

Selamat Membaca!

Thursday, June 18, 2009

Isu Chin Peng: Asas Hujah DSAI

Salam,

Ini merupakan kesinambungan perbincangan mengenai isu Chin Peng. Saya lihat ramai pembaca-pembaca terkeliru ataupun tersilap dalam melabel DSAI sebagai pengkianat bangsa apabila menyarankan kerajaan untuk menerima semula kemasukkan Chin Peng ke Malaysia. Saranan yang diutarakan oleh DSAI nyata berasas dan berlandaskan faktor sejarah. Ramai diantara kita tidak tahu akan wujudnya Perjanjian Damai PKM-Malaysia. Ia dikenali dengan nama Perjanjian Hadyai 1989. Berikut adalah intipati perjanjian.

Pertama:

Menamatkan aktiviti ketenteraan. Selepas menandatangani perjanjian itu, Malaysia dan PKM akan menghentikan serta-merta aktiviti ketenteraan.

Kedua:

Membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar.

Ketiga:

Penempatan di Malaysia. Anggota PKM dan anggota unit tenteranya yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia, akan dibenarkan berbuat demikian selaras dengan undang-undang. Mereka yang bukan berasal dari Malaysia, jika mereka mahu, juga boleh berbuat demikian selaras dengan undang-undang Malaysia.

Keempat:

Bantuan oleh pihak berkuasa Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan akan membantu mereka memulakan hidup baru.

*intipati ini diambil dari arkib utusan.com.my (27 May 2009) tulisan PROF. DR. MOHD. SAFAR HASIM.


Melihat kepada intipati Perjanjian Hadyai ini, dapatlah kita rumuskan bahawa hujah ataupun saranan DSAI betapa harus kerajaan membenarkan kemasukkan semula Chin Peng , sebagai mempunyai asas yang konkrit.

Sebelum ini, kerajaan telah menerima kembali kemasukkan semula beberapa tokoh pimpinan tertinggi PKM termasuk Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abdullah C.D, Suraini Abdullah dan Musa Ahmad. Soalan saya apa bezanya Chin Peng dari mereka semua? Meraka semua adalah pimpinan tertinggi PKM. Seharusnya diberi layanan yang saksama. Oleh itu, kemasukkan Chin Peng wajar dibenarkan atas dasar Perjanjian Hadyai yang telah dimeterai.

Nasihat saya kepada teraju utama kerajaan (UMNO) terutamanya Menteri Dalam Negeri, jangan kalian lupa akan sejarah. Bukankah kalian yang sering bertempik supaya jangan dilupakan Kontrak Sosial yang telah dimeterai? Perjanjian Hadyai 1989 juga merupakan satu perjanjian damai yang tidak seharusnya dilupai!

"Pact Sunt Servanda- A Contract Must Be Honoured!!!"

Monday, June 15, 2009

Chin Peng: Dipolitikkan!

Salam,

Isu DSAI yang meminta kerajaan membenarkan kemasukkan semula Chin Peng ke negara ini telah dipolitikkan. Saya nyata tidak setuju dengan saranan penasihat PKR itu kerana isu ini akan menaikkan isu sentimen yang berbahaya.

Tetapi, kenapa isu ini dipolitikkan? Hanya kerana penasihat pembangkang yang mengutarakan isu ini, lalu ia dipolitikkan? Mahu tahan DSAI bawah ISA la..itu la ..ini la.... Tp kalau DS Najib yang mengutarakan isu ini? Siapa yang berani bersuara? Siapa yang berani humban DS Najib masuk ISA?? Siapa??? Sebaiknya beliau akan dipuji dan disanjung.

Nasihat saya, jangan salah guna akta ISA dan jangan politikkan isu yang tidak sepatutnya dipolitikkan.