Thursday, May 1, 2008

Melaka Mall Oh Melaka Mall

Pembukaan "Melaka Mall" yang mengantikkan "Pasaraya Kotamas" memang sesuatu yang dialau-alukan oleh penduduk kawasan Ayer Keroh. Lokasi yang strategik telah menarik pengunjung datang yang rata-rata nya terdiri daripada pelajar Universiti Multimedia. Tapi ada sedikit kepincangan atau lebih tepat lagi, masalah, yang telah saya lihat. Masalah PARKING!!! Saya rasa oleh kerana terlalu mengejar keuntungan, pihak pengurusan "Melaka Mall" telah tertinggal satu perkara yang paling penting ini. Tempat letak kereta amatlah kurang dan terhad. Ini telah menyebabkan keadaan disitu menjadi sesak dan tidak teratur lagi tersusun. Pengunjung yang datang meletakkan kereta mereka di bahu jalan, sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas. Nak salahkan pengunjung yang tidak ikut peraturan? Ini BUKAN salah pengunjung. Pihak pengurusan Melaka Mall terlepas pandang perkara ini. Tempat letak kereta yang disediakan tidak memadai untuk menampung bilangan pengunjung. Tempat letak kereta alternatif yang disediakan juga kurang sesuai dan berkeluasan kecil. Bahkan ia juga menyusahkan pengunjung taktala hari hujan lebat kerana terletak agak jauh dengan pintu masuk Melaka Mall.Sepatutnya, pasaraya yang se -gah ini, tidak patut menghadapi masalah sedemikian. Minta pihak Pengurusan Melaka Mall mengambil perhatian khusus tentang perkara ini. Sediakan tempat letak kereta yang cukup dan teratur. Segala masalah selesai.

2 comments:

Anonymous said...

ekceli cukup sebenarnye...di bahagian ekstension parking yg dibina tak jauh di ceruk belakang nun..(alaa yg ade tulis "projek barisan nesyenel" tapi rasenye dah bape bulan tak siap2 tar abes agi). Selalunye org berebut nak parking dekat2 kat pintu..mmg tak dapat r.

masalah timbul bila sume fikirkan kepale masing2 nak cepat, pastu parking suke hati kat tepi2 jalan, menyebabkan sesak diskeliling. kalau ekstension tu tak cukup, boleh je parking kat JJ, pastu jalan ke Melaka Mall..

Anonymous said...

hai...takkan sokong mlk mall lak...biasa laaa melaka mall ni kan projek kerajaan...compremo laa ada banyak masalah tambahan pula pembinaan dia termasuk dalam demam pilihanraya...sure la duit banyak lari......tak paham ka kawan2......ini semua politik yang tak berkesudahan....yang merana peniaga2 MELAYU dan usahawan kecil kat dalam tu....pihak mk mall hanya pentingkan diri...dia tau bulan2 duit masuk poket....kita tunggu pakatan rakyat memerintah lak kot....baru nampak ada perubahan.....lepas tu agak2 tak ok tukar lagi...biar diaorang semua orang politik ni sedar.....yang rakyat mahukan hak mereka...bukanya harapkan duduk atas memerintah .... tapi dok makan duit ikut tepi...apa hal nie....wassalam