Thursday, June 18, 2009

Isu Chin Peng: Asas Hujah DSAI

Salam,

Ini merupakan kesinambungan perbincangan mengenai isu Chin Peng. Saya lihat ramai pembaca-pembaca terkeliru ataupun tersilap dalam melabel DSAI sebagai pengkianat bangsa apabila menyarankan kerajaan untuk menerima semula kemasukkan Chin Peng ke Malaysia. Saranan yang diutarakan oleh DSAI nyata berasas dan berlandaskan faktor sejarah. Ramai diantara kita tidak tahu akan wujudnya Perjanjian Damai PKM-Malaysia. Ia dikenali dengan nama Perjanjian Hadyai 1989. Berikut adalah intipati perjanjian.

Pertama:

Menamatkan aktiviti ketenteraan. Selepas menandatangani perjanjian itu, Malaysia dan PKM akan menghentikan serta-merta aktiviti ketenteraan.

Kedua:

Membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar.

Ketiga:

Penempatan di Malaysia. Anggota PKM dan anggota unit tenteranya yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia, akan dibenarkan berbuat demikian selaras dengan undang-undang. Mereka yang bukan berasal dari Malaysia, jika mereka mahu, juga boleh berbuat demikian selaras dengan undang-undang Malaysia.

Keempat:

Bantuan oleh pihak berkuasa Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan akan membantu mereka memulakan hidup baru.

*intipati ini diambil dari arkib utusan.com.my (27 May 2009) tulisan PROF. DR. MOHD. SAFAR HASIM.


Melihat kepada intipati Perjanjian Hadyai ini, dapatlah kita rumuskan bahawa hujah ataupun saranan DSAI betapa harus kerajaan membenarkan kemasukkan semula Chin Peng , sebagai mempunyai asas yang konkrit.

Sebelum ini, kerajaan telah menerima kembali kemasukkan semula beberapa tokoh pimpinan tertinggi PKM termasuk Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abdullah C.D, Suraini Abdullah dan Musa Ahmad. Soalan saya apa bezanya Chin Peng dari mereka semua? Meraka semua adalah pimpinan tertinggi PKM. Seharusnya diberi layanan yang saksama. Oleh itu, kemasukkan Chin Peng wajar dibenarkan atas dasar Perjanjian Hadyai yang telah dimeterai.

Nasihat saya kepada teraju utama kerajaan (UMNO) terutamanya Menteri Dalam Negeri, jangan kalian lupa akan sejarah. Bukankah kalian yang sering bertempik supaya jangan dilupakan Kontrak Sosial yang telah dimeterai? Perjanjian Hadyai 1989 juga merupakan satu perjanjian damai yang tidak seharusnya dilupai!

"Pact Sunt Servanda- A Contract Must Be Honoured!!!"

8 comments:

Castro said...

Prof Khoo Kay Kim ketika ditanya wajarkah Chin Peng dibenarkan pulang, baginya, "orang yang berhak menentukan sama ada Chin Peng boleh balik atau tidak ialah sanak saudara mereka yang dibunuh komunis".

Persoalannya, apakah faedahnya kepada negara jika Chin Peng dibenarkan pulang?

Adakah wajar kita benarkan C.peng pulang atas dasar kemanusiuaan ataupun kerana perjanjian yg telah dimetrai semata-mata?
Sekiranya kerajaan membenarkan Chin Peng yang berumur 87 tahun balik ke Malaysia ianya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa Darurat antara tahun 1948 hingga 1960. Dilaporkan kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota keselamatan yang terbunuh di tangan PKM yang diketuai oleh Chin Peng semasa era keganasan PKM antara tahun 1948 sehingga mereka meletakkan senjata melalui perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.

Walaubagaimanapun dalam perjanjian damai berkenaan PKM tetap enggan membubarkan PKM sebagai sebuah parti serta menamatkan kegiatan penyebaran fahaman ideologi komunisme yang menjadi kepercayaan mereka. Oleh itu kerajaan wajar menolak simpati terhadap isu Chin Peng tetapi sebaliknya perlu menumpukan perhatian bagi menjaga kebajikan 60,000 orang bekas anggota keselamatan yang telah berjasa kepada Negara, khasnya semasa penganas PKM melaksanakan kegiatan haramnya di negara ini.
Harus juga diingat bahawa C.Peng tidak pernah meyesal dah memohan maaf atas segala tindakannya.
Kepulangan beliau ke negara ini akan saya tentang habis-habisan.. Saya berasa amat malu dan kecewa akan Sang kencana kerana menyokong (impliedly) kepulangan Chin peng ke negara ini. Sedar lah wahai S.kencana sebelum terlambat

Sang Kencana said...

Kalau Malaysia pernah menerima semula kemasukkan Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin dan lain-lain mengapa tidak Chin Peng?

Apa beza Chin Peng dengan mereka yang lain? Semuanya ahli PKM bukan? Kenapa beliau tidak dibernarkan pulang? Adakah kerana beliau bukan melayu (semua yg pernah dibenarkan pulang berbangsa Melayu)? Mengapa perlu double standard?

Kenapa bila Chin Peng nak dibawa masuk para pejuang tak puas hati? Masa Shamsiah Fakeh dan lain-lain pulang, mereka puas hati?

Sejak awal lagi saya nyatakan bahawa saya tidak setuju dengan saranan DSAI. Tetapi tidak menolak bahawa hujah DSAI berasas!

Kepada Castro, terima kasih atas pandangan anda. Ia amat saya hargai. Tetapi, ingin saya ingatkan bahawa tiada perkara yang paragon dalam dunia ini.

Disini saya rujuk Firman Allah dalam Surah An- Nur (24:22) :

"...Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tak ingin Allah mengampunimu ? Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang"


Satu Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Bersabada Rasullulah:

"Maukah kalian saya beritahukan tentang sesuatu yang denganya Allah memuliakan (manusia ) dan mengangkat derajatnya ?' Lalu mereka menjawab, 'Tentu, wahai Rasulullah.' Lalu utusan Allah ini melanjutkan, ' Kalian bersabar terhadap orang yang tidak mengenalmu. Kalian memaafkan orang yang pernah menganiayamu. Kalian memberi (sesuatu) kepada orang yang tak pernah memberimu. Dan kalian menyambung kembali tali silaturrahmi orang yang telah memutuskannya denganmu".

Castro said...

bezanya mereka dan chin peng ialah Chin peng laknatullah adalah ketua pkm malaysia..harus diingat bahawa kebnyakan ahli melayu dan juga bukan melayu menyertai pkm kerana terpaksa kerana takut nyawa mereka melayang..
Jika S.kencana tidak setuju dengan anwar mengapa saudara membangkit kan isu ini? Hujah DSAI mungkin berasas dari perspektif perjanjian damai yg telah dimetrai..akan tetapi adakah kita patut mengambil kira akan saranan beliau semata-mata kerana perjanjian damai tersebut yg tidak terbukti tidak dipatuhi??

Sang Kencana said...

saya bangkitkan isu ini kerana melihat ketidakrelevenan DSAI disyorkan ditahan dibawah ISA.

satu lagi perkara, jangan kita lupa bahawa Chin Peng adalah pemimpin MPAJA (Malayan People Anti Japaneese Army)yang menetang penjajahan Jepun di Malaya. Beliau banyak menyumbang dalam rentetan perjuangan menuju kemerdekaan.

Adam Kulim said...

saya sokong chin peng balik...ramai orang menanti..tak sabar2 lagi neh..

saya pun nak 'meraikan' kepulangan chinpeng...

p/s : asah pisau..ada 'limau' nak kupas...

Faris said...

Chin Peng hanyalah setitik dakwat dlm gelora lautan kemerdekaan ketika itu.

Actually Chin Peng sangat 'power', bila² masa je die bley muncul kat Putrajaya kalo die nak. Tambah² sempadan kita pn x pernah nye ketat pn. X bagi balik pn die x kisah.

Bile isu ni dipolitikan, n Chin Peng dibenarkan balik, dikhuatiri akan ada pihak² tertentu yg cuba membuat sambutan besar-besaran utk menjemput kepulangan 'wira' nie.

Apa akan jadi ketika itu harus ada dalam pertimbangan kita skarang nie la kn? Tlg jangan terperangkap dalam isu² remeh yg sengaja ditimbulkan oleh media² kerajaan ini yang didebatkan khas hanya untuk melalaikan rakyat dari isu² utama dalam negara.

Faris said...

eh lupe nak pesan, saranan yg terakhir tu utk semua rakyat jelata. Saya personally x de masalah kalau Chin Peng nak balik.......

Kalau nk ikutkan dendam, nape x serang Kg Portugis tu? Jgn igt dendam 1511 ini sudah terpadam :P

Anyway, nice articles and nice comments from all the bloggers here.

Anonymous said...

tolong jawab ini?????


http://highereducationinmalaysia.wordpress.com/2009/05/07/siapakah-amirul-ridzuan-hanif/