Tuesday, July 1, 2008

Anwar Liwat??? Buktikan!!!!

Salam buat semua,

Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan satu dakwaan di mana mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yand juga selaku Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah melakukan satu kesalahan meliwat ataupun dalam bahasa inggerisnya "Sodomy" ( sila rujuk Kanun Keseksaan Akta 574 - Seksyen 377A dan 377B ). Daripada sumber-sumber yang sah dan boleh dipercayai, 'mangsa' bernama Saiful Bukhari Azlan, yang juga mantan Timbalan President MPP UNITEN sesi 2006/07. Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Travers jam 5.35 ptg pada 28 Jun 2008. 'Mangsa' mendakwa di liwat oleh  DSAI pada 26 Jun 2008, di sebuah kondominium yang terletak di Damansara.

Saya tidak terkejut dengan dakwaan ini. Tidak terkejut bukan bermaksud saya mengakui DSAI melakukannya. Namun, saya sudah dapat mengagak perkara seumpama ini akan berlaku dan dilakukan. Ini adalah konspirasi tahap tertinggi pihak tertentu yang bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan kredibiliti DSAI. Ia adalah fakta yang nyata dan berasas.

Siapa Saiful Bukhari Azlan? Kita pasti tertanya tanya siapakah budak 'bertuah' ini. Segala keterangan lanjut, biodata mahupun cerita berkenaan dengan Saiful Bukhari Azlan boleh didapati di blog dibawah ini.

 http://ainisazreen.wordpress.com/

Disaat DSAI sedang mencatur perubahan dan transformasi Malaysia kearah "Malaysia Baru" dan taktala kita masih tertanya tanya berkenaan dengan kes pembunuhan Altantuya Saaribuu, kes ini muncul.

Tuduhan yang dibuat dan beberapa ancaman bunuh yang diterima oleh DSAI telah menyebabkan DSAI berlindung di Kedutaan Turki. Berlindung bukan bermaksud takut ataupun bersalah. Cuma untuk menjaga dan memelihara nikmat nyawa kurniaan Allah SWT dan berlindung daripada ketidakadilan yang melampau. 

Sebagai seorang rakyat dan pembaca, kita tidak seharusnya menerima dakwaan ini bulat-bulat. Dalam Islam, sebagai contoh testimoni yang diberikan oleh mangsa dan saksi amat penting skali. Sebelum kita menerima segala keterangan dan dakwaan, hendaklah kita selidik dan kaji kredibiliti si mangsa ataupun saksi itu dahulu. Dalam tatacara undang-undang keterangan Islam, sesuatu keterangan mestilah melebihi keraguan (beyond doubt) dan tidak mencapai tahap ‘zan’. Firman Allah dalam surah Yunus: 36

 “Sesungguhnya zan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran”

 

Sesungguhnya, zan itu adalah satu dosa seperti yang di terangkan dalah surah Hujurat: 12

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada zan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada zan itu adalah dosa”

Melihat kepada gambar-gambar mangsa, jelas membuktikan ada keraguan ataupun lebih tepat lagi kospirasi tersembunyi dalam rancangan. Gambar beliau di Jabatan Timbalan Perdana Menteri cukup meragukan. Atas urusan apa dia kesana? Sedangkan kita tahu bahawa Saiful Bukhari Azlan ini adalah pembantu peribadi DSAI. Fikirkan sejenak.

Dato Seri Najib apabila ditanya pemberita, tergagap-gagap menjawab. Nyata seperti menyembunyikan sesuatu.

Saya ingin menyelar KJ, ahli Parlimen Rembau, yang mengatakan DSAI sendiri yang mengarahkan Saiful Bukhari Azlan untuk membuat laporan polis demi meraih simpati rakyat. Saya ingin katakan, kalaupun DSAI yang mengarahkan ada banyak perkara lain yang boleh dipikirkan DSAI dan tentunya perkara itu tidak akan menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin dan juga sebagai seorang Muslim. Logiknya pun tidak ada.

Jika benar Saiful diliwat. Jika benar DSAI melakukanya, BUKTIKAN!!!! Ini tidak, pemeriksaan keihatan yang dilakukan terhadap Saiful Bukhari Azlan dirahsiakan dari pengetahuan rakyat.  Doktor yang memeriksa diberitahu supaya merahsiakan hasil pemeriksaan. Buktinya terdapat di”link’ dibawah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Tuduhan tanpa pembuktian adalah SAMPAH! Buktikan. Itu yang dimahukan rakyat!

 

Oleh: Sang Kencana

 

 

 

 

Wednesday, June 4, 2008

Boleh Blah ...Pak Lah!!!!

Salam buat semua,

Akhbar Utusan Online bertarikh 4 Jun 2008 yang di"post"kan jam 5.56pm, mengemparkan negara. "Si Tua Ganyut" peneraju pucuk pimpinan negara telah mengumumkan pada sidang akhbar bahawa harga minyak pertol akan dinaikkan ( Rm 1.92 + Rm 0.78 = Rm 2.70 per/liter) berkuat-kuasa tengah malam ini.

Ini betul sudah melampau dan tidak mungkin lagi dapat ditanggung oleh rakyat Malaysia yang rata-ratanya memiliki kenderaan bermotor. Si Tua yang dahulunya gagal subjek Ekonomi ini sekali lagi memaparkan kegagalan beliau dalam menangani isu minyak. Sesuka hati naikkan harga minyak. Hei Pak Lah, kau tidak tahu apa yang ditanggung rakyat!!!! Kau tu mana pernah isi minyak pun!!! Beli minyak pakai pun pakai kupon!!! Apa yang kau tahu pasal penderitaan rakyat!!!!???

Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Australia, Jepun, Korea dll, mmg harga minyak di Malaysia paling murah. Tapi harus diingat, walaupun di Australia harga minyak lebih mahal, tetapi kerajaan Australia menyediakan kemudahan pengankutan awan yang efisien dan terbaik. Mereka menyediakan perkihidmatan Tram, MRT, Bas dan lain-lain sejajar dengan keperluan rakyat. Walaupun harga minyak tinggi, Rakyat tidak terasa kerana untuk memasuki bandar dan keluar bandar, tidak memerlukan rakyat untuk berkereta dek keberkesanan sistem pengangkutan awam. Bandar Metropolis seperti Melbourne lengang dan tidak pernah mengalami masalah "jamm" dsb. Kalau situasinya macam ni, rakyat mungkin masih boleh menerima!! Tp, cuba lihat Malaysia. Kuala Lumpur terutamanya, sesak teruk. Pengangkutan awam teruk dan tidak teratur. Rakyat bergantung harap kepada kenderaan bermotor. Harga minyak saban hari melambung! Ternyata melampau dan tidak dapat diterima akal!!!

Kesan kenaikan harga minyak ini sangat dasyat dan serius. Kalau harga minyak naik, harga bahan mentah, beras, makanan, bahan binaan dsb pasti akan naik. Ini kerana semuanya bergantung harap dan bersandarkan minyak.

Si Tua ini telah melakukan kesilapan besar dengan menaikkan "key factor" ataupun keperluan asas Rakyat.

Pak Lah, kau berdosa kepada rakyat. Kau tidak layak berada disana. Islam Hadari konon. Ketuanan Melayu konon. Ketuanan Melayu Sgt!!!!

" You are a disgrace to Malaysia! Totally disaster!"


Wednesday, May 21, 2008

Like Father Like Son ( Anak Bapak!!!! )


Keputusan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir, untuk meninggalkan UMNO telah membuahkan satu impak yang negatif. Baliau yang memengang nombor keahlian 001 -UMNO BARU itu berkata, beliau akan hanya menyertai semula parti apabila "Si Lembab" disinggkirkan ataupun meletakkan jawatannya secara terhormat.

Keputusanya telah mempengaruhi anak keduanya iaitu Datuk Mokhzani untuk turut keluar parti. Beliau (Mokhzani) telah mengesahkan tentang keluarnya beliau dari parti dengan menghantar faks ke Pejabat Umno cawangan Merbok. Dikhabarkan, di Kedah, seramai 300 ahli UMNO telah bertindak keluar parti semata-mata menyokong perjuangan pengasas UMNO baru itu.

Persoalannya sekarang? Siapa pula selepas ini??

Sama-sama kita saksikan.

p/s: Teringat kata-kata Pak Lah: "Saya pantang dicabar!!" -Hanya sekadar menanam tebu dipinggir bibir je la.....hahhahha.....peace!

Monday, May 19, 2008

Tun Mahathir keluar UMNO?? Muslihat atau Pasrah???

Salam buat semua,

Hari ini sekali lagi kita dikejutkan oleh Tun M. Keputusan beliau untuk keluar dari UMNO habis dicanangkan di media massa dan mendapat liputan meluas. Bagi saya, tiada apa yang nak di" "terkejutkan". Mengimbau sejarah UMNO yang berlalu kira-kira tahun 1980-an, memperlihatkan Tun M pernah keluar UMNO dan menubuhkan UMNO BARU (TEAM A). Pasangan beregu Team A terdiri dari Tun M dan allahyarham Tun Ghafar Baba. Beregu ini berhadapan tentangan hebat TEAM B pimpinan KuLi dan Budak Hitam.

Keluarnya Tun M pada masa itu bukan bererti mengalah namun ia adalah satu muslihat terancang. Kesannya, Team A menang dan proses pembersihan UMNO (Operasi Lalang) dilaksanakan.

Apa yang berlaku hari ini memperlihatkan pola yang sama dan "seiras". Namun, apakah muslihatnya kali ini??? Tun M ini bijak. Taktala Suruhanjaya Diraja mahu menyiasat (berkenaan kes si gendut Linggam), beliau istihar keluar parti. Pasti ada agenda tersirat. Rancangan yang teratur dan rapi. Disifatkan penguduran Tun kali ini pasti bermaksud sesuatu. Mantan PM Malaysia ini bukan bodoh. Pasti ada yang dirancangkan? Tapi persoalannya, kali ini dengan siapa? Anwar? K.J? Najib? Raja Petra? Misteri ini perlu diungkaikan.!!! Tunggu dan lihat.


p/s: "Picture Talks Thousand Words"


Thursday, May 15, 2008

Waa...Comelnye....Nak2


" Sesungguhnya anak itu adalah kurniaan Allah yang terindah, sayangilah mereka, sesungguhnya rezeki kurniaan Allah ini tidak ternilai harganya"

-Sang Kencana-

p/s: Tiba-tiba terasa nak jadi ayah... :-D ( insyaAllah in 2 years time)