Tuesday, July 1, 2008

Anwar Liwat??? Buktikan!!!!

Salam buat semua,

Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan satu dakwaan di mana mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yand juga selaku Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah melakukan satu kesalahan meliwat ataupun dalam bahasa inggerisnya "Sodomy" ( sila rujuk Kanun Keseksaan Akta 574 - Seksyen 377A dan 377B ). Daripada sumber-sumber yang sah dan boleh dipercayai, 'mangsa' bernama Saiful Bukhari Azlan, yang juga mantan Timbalan President MPP UNITEN sesi 2006/07. Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Travers jam 5.35 ptg pada 28 Jun 2008. 'Mangsa' mendakwa di liwat oleh  DSAI pada 26 Jun 2008, di sebuah kondominium yang terletak di Damansara.

Saya tidak terkejut dengan dakwaan ini. Tidak terkejut bukan bermaksud saya mengakui DSAI melakukannya. Namun, saya sudah dapat mengagak perkara seumpama ini akan berlaku dan dilakukan. Ini adalah konspirasi tahap tertinggi pihak tertentu yang bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan kredibiliti DSAI. Ia adalah fakta yang nyata dan berasas.

Siapa Saiful Bukhari Azlan? Kita pasti tertanya tanya siapakah budak 'bertuah' ini. Segala keterangan lanjut, biodata mahupun cerita berkenaan dengan Saiful Bukhari Azlan boleh didapati di blog dibawah ini.

 http://ainisazreen.wordpress.com/

Disaat DSAI sedang mencatur perubahan dan transformasi Malaysia kearah "Malaysia Baru" dan taktala kita masih tertanya tanya berkenaan dengan kes pembunuhan Altantuya Saaribuu, kes ini muncul.

Tuduhan yang dibuat dan beberapa ancaman bunuh yang diterima oleh DSAI telah menyebabkan DSAI berlindung di Kedutaan Turki. Berlindung bukan bermaksud takut ataupun bersalah. Cuma untuk menjaga dan memelihara nikmat nyawa kurniaan Allah SWT dan berlindung daripada ketidakadilan yang melampau. 

Sebagai seorang rakyat dan pembaca, kita tidak seharusnya menerima dakwaan ini bulat-bulat. Dalam Islam, sebagai contoh testimoni yang diberikan oleh mangsa dan saksi amat penting skali. Sebelum kita menerima segala keterangan dan dakwaan, hendaklah kita selidik dan kaji kredibiliti si mangsa ataupun saksi itu dahulu. Dalam tatacara undang-undang keterangan Islam, sesuatu keterangan mestilah melebihi keraguan (beyond doubt) dan tidak mencapai tahap ‘zan’. Firman Allah dalam surah Yunus: 36

 “Sesungguhnya zan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran”

 

Sesungguhnya, zan itu adalah satu dosa seperti yang di terangkan dalah surah Hujurat: 12

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada zan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada zan itu adalah dosa”

Melihat kepada gambar-gambar mangsa, jelas membuktikan ada keraguan ataupun lebih tepat lagi kospirasi tersembunyi dalam rancangan. Gambar beliau di Jabatan Timbalan Perdana Menteri cukup meragukan. Atas urusan apa dia kesana? Sedangkan kita tahu bahawa Saiful Bukhari Azlan ini adalah pembantu peribadi DSAI. Fikirkan sejenak.

Dato Seri Najib apabila ditanya pemberita, tergagap-gagap menjawab. Nyata seperti menyembunyikan sesuatu.

Saya ingin menyelar KJ, ahli Parlimen Rembau, yang mengatakan DSAI sendiri yang mengarahkan Saiful Bukhari Azlan untuk membuat laporan polis demi meraih simpati rakyat. Saya ingin katakan, kalaupun DSAI yang mengarahkan ada banyak perkara lain yang boleh dipikirkan DSAI dan tentunya perkara itu tidak akan menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin dan juga sebagai seorang Muslim. Logiknya pun tidak ada.

Jika benar Saiful diliwat. Jika benar DSAI melakukanya, BUKTIKAN!!!! Ini tidak, pemeriksaan keihatan yang dilakukan terhadap Saiful Bukhari Azlan dirahsiakan dari pengetahuan rakyat.  Doktor yang memeriksa diberitahu supaya merahsiakan hasil pemeriksaan. Buktinya terdapat di”link’ dibawah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Tuduhan tanpa pembuktian adalah SAMPAH! Buktikan. Itu yang dimahukan rakyat!

 

Oleh: Sang Kencana

 

 

 

 

13 comments:

Anonymous said...

Hakim-hakim dan penyiasat tak bertauliah dah memulakan verdictnya..biarlah polis sebenar jalankan tugas mereka. Takkan doktor kena umumkan hasil pemeriksaan mereka di akhbar pulak..

Sang Kencana said...

anonymous:

nak biarkan polis jalankan tugas??? patutnya siasat dulu kes altantuya tu betul2.... rasuah. dan korup moral...

satu lagi, dalam Islam ade konsep "al-rai' al-khabir"
bermaksud orang yang fakih dalam bidangnya memberikan keterangan. Dan keterangan itu membawa pemberat yang kuat.

Harap Maklum

Biar tidak bertauliah, asal tidak rasuah!

Anonymous said...

DSAI pengkhianat agama bangsa dan negara!!!!If he is nnot guilty, why should he ask America for his own safety?? Obviously, America is an anti-islam country. In my opinion, DSAI has his own agenda with islam's enemies to achieve his dream.

Anonymous said...

Ini suatu peringatan berkenaan kes liwat, mentelah ahli-ahli politik Melayu, seperti mama Mahathir dsb mengaku Islam: http://inijalanku.wordpress.com/2008/07/01/pandangan-islam-tuduhan-anwar-liwat/

JJ, Singapura

Anonymous said...

askm,
sungguh panjang lebar sekali explanation diatas.
tapi senang cerita, ANWAR pun tak berani nak sumpah laknat - MUHABALAH
dan sungguh menghairankan kenapa?sedangkan bagi seorang yg kononnya pemimpin pelajar islam satu ketika dulu, seharusnya tahu ini adalah cara yg paling efektif menafikan tuduhan, bersumpah dan menjujung al-quran, tetapi dia pulak semakin aktif menuduh orang lain, memperkatakan agendanya yang kabur , seolah olah tak berani nak MUHABALAH.
hairan jugak?dalam satu hal dia fitanh orang lain bukan main lagi, siap sumpah berkanun palsu…tuduh orang sana ,tuduh orang sini, kononnya akan dibunuh?lari kekedutaan asing?menggelabah?bukan itu ke ciri ciri yg orng bersalah?kelakarnye..dan saya bkan pro mana mana pihak ,cuma menilai dari segi hukum dan keadaan secara rasional ..kebenarannya, wallauhallam

fendy_ahmad said...

Salam,

Pendirian saya amat mudah, berani kerana benar dan takut kerana salah...

Masalahnya, kadang-kadang ada manusia yang bersalah tapi bijak berlakon dan bijak berkata-kata untuk menunjukkan dirinya bersih lagi bermoral, ini yang kita sebagai rakyat biasa takuti.

Anwar harus menyahut seruan Yang Berbahagia Dr. Mufti Perlis yang mana pendapatnya telah disokong oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz serta Mufti Perak Darul Ridzuan ! Janganlah pula Anwar cuba mengatakan bahawa saranan itu semua ada helah politik pula, seakan hendak menunjukkan yang taraf kebijaksanaan Islam beliau seakan lebih hebat daripada manusia bertiga itu....

Anonymous said...

salam
Cuma mereka yg buta hati je yg tak nampak penipuan anwar, pengkhianat negara, bangsa ...memang lah tak boleh dedah..dah akan diguna pakai dimahkamah..ada blaja undang undag tak?ni ikiut sebab hati je cakap...kalau cakap b*d*h..marah pulak, tak cukup ke apa PKR dah buat sekarang?lama lama orang melayu merempat dibumi sendiri...tak fikir ke? apa parti yg perintah pun , yg penting sapa yg dominan?nampaknya DAP..fikir sikit leh tak?bijaklah sikit...

Anonymous said...

pelik...kenapa pikir kerajaan penuh dgn rasuah,pak lah dah cuba sebaik mungkin nak hapuskan rasuah,orang masih tak hargai usaha dia malah masih tuduh negara pnuh dengan rasuah,tapi bila anwar nak rasuah orang lompat parti tak pulak kutuk malah sokong 100%,skrg siapa yg main kotor,hanya kerana tamak haloba nak jd PM,penyokongnya butakn mata pekakkn telinga,dunia xakan bersih dr rasuah kalau pemberi rasuah masih bermaharajalela,kedua2golongan ni perlu dihapuskn,mcm anwar mcmane nak tadbir negara kalau dia sendiri menghalalkn rasuah,inikah orang yang kita boleh agung2kn...fikir2kanlah melayu berpecah belah semenjak anwar dibebaskn,org cina bertepuk tangan melihat bangsa kita
mcm bush tepuk tgn tengok iraq berpuak2 krn itulah agenda orang cina dan yahudi.Melihat malaysia makin huru hara disebabkan pakatan rakyat diketuai anwar,tak kesian ke kat generasi melayu akan datang yang bakal kehilangan hak keistimewaan bumiputra,bersatulah...demi anak cucu kita,jgn emosi menguasai kelak tergadai negara...

Anonymous said...

BN mmg BETUL..Selama ni byk tlg org Melayu. Melayu MISKIN 5%, tlg Melayu KAYA 95%.pilihanraya nanti, takyah taruh gambar2 org kat logo dacing, taruh gambar anjing gila, monyet, babi pun, kau org pangkah jugak. janji dacing..kpg setinggan melayu senang2 runtuhkan, kg setinggan china,india - takut pulak nak buat..UMNO tu singkatan B.Inggeris, kena tukar UMBS (UNTUK MELAYU BODOH SAHAJA!!!)

Anonymous said...

come on laaa anwar...bersumpah laaa!!!mufti perlis and nik aziz pon cdg kan....dorg berdua bkn dr pihak kerajaan...Anwar Ibrahim ada brani ka???hahahhaha....kpd pengikot2 Anwar,pk pjg2 k!!!

Anonymous said...

kalau nak ulas, mintak jangan guna ayat-ayat suci al-Quran. Nak menyokong pendapat peribadi kita. Kita tak tahu apa yang berlaku sebenarnya, yakin jelah keadilan yang maha berkuasa.

Anonymous said...

umbs kejadah ape???untuk org mlayu bodoh mcm kau la..kalau dok pandang setinggan je sampai bile nak maju??kerajaan runtuhkan setinggan n wat pembangunan supaya org idup senang..bkn mcm pembangkang(lagi2 pkr)dgn nama panjangnye "Parti Kemaluan Rakyat" sbb penasihatnye tau deal dgn kemaluan je..kat m'sia xde stok..saiful bahari je sanggup bg..sbb tu dia contact america..leh dapat banyak "habuan"..bush pun leh bg free2 sbb dia xde agama..c'mon la..jgn jadi bodoh..klu bukan sbb mahathir selamatkan m'sia ni drpd IMF sbb anwar dok jual negara kite 1997 dulu,ntah ape yang jd kat m'sia ni..ntah2 duk setinggan pun xlayak korang sume ni..dok dalam kubur je la..haha..

Anonymous said...

Mula-mula Badawi, Najib, Taib, Rais, Khairy semua bising dan campur tangan bagi pendapat mereka dalam kes Altantuya dan sodomy.
Lepas itu, mereka beritahu rakyat bahawa penyiasatan kes-kes perlu dilaksanakan oleh polis tanpa kekacauan dan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa termasuk UMNO.
Sekarang bila laporan doktor terbongkar kata Saiful tidak diliwat, Syed Hamid Albar pulak mengigit jari lalu menggalakkan supaya polis mempercepatkan penyiasatan.

Bila RPK membuat statutory declaration, kenapakah Badawi perlu membuat bising and kata Najib and Rosmah tidak berdosa?
Kepala otak Badawi tahu setiap langkah, perkara dan tempat yang Najib dan Rosmah buat and pergi.
Malam tu, Badawi bersama dengan Rosmah ke? hahahahaha