Saturday, August 2, 2008

Khurafat? Pak Lah??

Salam buat semua,

Semalam, 1 Ogos, adalah Hari Pahlawan bagi rakyat Malaysia. Sambutan diadakan secara gilang gemilang atas dasar memperingati perjuangan pejuang-pejuang terdahulu.

Tetapi yang sedihnya disini adalah tingkah laku Pak Lah semasa perayaan di Tugu Peringatan Negara. Beliau seakan tidak ada rasa sensitiviti agama. Mustahil beliau tidak tahu akan hukum hakam agama. Apa tidaknya, upacara pengalungan bunga di tugu peringatan negara yang di imamkan oleh beliau mengundang kontrovesi.

Tindakan beliau itu mendapat perhatian Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin. Dalam berita yang disiarkan di laman web KLPOS, beliau nyatakan:

"Perbuatan bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."

Perbuatan Pak Lah ini juga termaktub sebagai satu kesalahan di dalam SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan:

" Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan".

Lihatlah wahai sekalian pembaca, betapa moleknya perbuatan PM kita. Islam Hadari, tapi prinsip dan ketetapan Islam beliau sendiri yang melanggarnya. Anda pikirLah sendiri!


p/s: Sebagai seorang pemimpin, sensitiviti terhadap agama itu penting. Ingatlah bahawa kau akan disoal dahulu kelak dipadang Masyar nanti.

Oleh: Sang Kencana

1 comment:

Ahmad Amzar said...

gbr besar anwar ape cerita?