Sunday, August 3, 2008

Hamid Albar= Raja Lawak


Salam buat semua,

Ketawa terbahak-bahak saya apabila terbaca satu'post' baru di web KLPOS pagi ini. Ini merujuk kepada ulasan Syed Hamid Albar keatas pengunduran Datuk Seri Wan Azizah(DSWA). Yang lawaknya, beliau katakan bahawa tindakan DSWA itu menyusahkan dan membazirkan duit rakyat yang perlu digunakan untuk pilihanraya tersebut.

Saya nak tanya, yang mana lebih membazir? Beli 14 Mercedes E240 atau laburkan duit rakyat untuk pilihanraya? Tepuk dada tanya selera!

p/s: Saya cadangkan Hamid Albar menyertai program realiti tv Raja Lawak. Sure menang punya. Hahahhaa

Oleh: Sang Kencana

Saturday, August 2, 2008

Chaiyok DSAI!!!


Salam buat semua,

Datin Seri Wan Azizah, zaujah kepada DSAI telah mengosongkan kerusi Parlimen yang didiami beliau untuk memberi laluan kepada suami tercinta. Walaupun pilihan raya kecil belum lagi bermula, kemenagan DSAI sudah diramal. Apa nak dihairankan. PRU 12 menyaksikan DSWA menang di Permatang Pauh dengan margin 13388 undi. Itu baru penangan DSWA, penangan dan aura DSAI nyata lebih dasyat dan tidak boleh dinafikan lagi.

Sang Kencana mengucapkan "Congratulation in advance" kepada DSAI keatas kemenangan yang bakal ditempa. Insya-ALLAH.


"SELAMAT KEMBALI KE PARLIMEN"


Khurafat? Pak Lah??

Salam buat semua,

Semalam, 1 Ogos, adalah Hari Pahlawan bagi rakyat Malaysia. Sambutan diadakan secara gilang gemilang atas dasar memperingati perjuangan pejuang-pejuang terdahulu.

Tetapi yang sedihnya disini adalah tingkah laku Pak Lah semasa perayaan di Tugu Peringatan Negara. Beliau seakan tidak ada rasa sensitiviti agama. Mustahil beliau tidak tahu akan hukum hakam agama. Apa tidaknya, upacara pengalungan bunga di tugu peringatan negara yang di imamkan oleh beliau mengundang kontrovesi.

Tindakan beliau itu mendapat perhatian Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin. Dalam berita yang disiarkan di laman web KLPOS, beliau nyatakan:

"Perbuatan bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."

Perbuatan Pak Lah ini juga termaktub sebagai satu kesalahan di dalam SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan:

" Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan".

Lihatlah wahai sekalian pembaca, betapa moleknya perbuatan PM kita. Islam Hadari, tapi prinsip dan ketetapan Islam beliau sendiri yang melanggarnya. Anda pikirLah sendiri!


p/s: Sebagai seorang pemimpin, sensitiviti terhadap agama itu penting. Ingatlah bahawa kau akan disoal dahulu kelak dipadang Masyar nanti.

Oleh: Sang Kencana

Tuesday, July 1, 2008

Anwar Liwat??? Buktikan!!!!

Salam buat semua,

Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan satu dakwaan di mana mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yand juga selaku Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah melakukan satu kesalahan meliwat ataupun dalam bahasa inggerisnya "Sodomy" ( sila rujuk Kanun Keseksaan Akta 574 - Seksyen 377A dan 377B ). Daripada sumber-sumber yang sah dan boleh dipercayai, 'mangsa' bernama Saiful Bukhari Azlan, yang juga mantan Timbalan President MPP UNITEN sesi 2006/07. Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Travers jam 5.35 ptg pada 28 Jun 2008. 'Mangsa' mendakwa di liwat oleh  DSAI pada 26 Jun 2008, di sebuah kondominium yang terletak di Damansara.

Saya tidak terkejut dengan dakwaan ini. Tidak terkejut bukan bermaksud saya mengakui DSAI melakukannya. Namun, saya sudah dapat mengagak perkara seumpama ini akan berlaku dan dilakukan. Ini adalah konspirasi tahap tertinggi pihak tertentu yang bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan kredibiliti DSAI. Ia adalah fakta yang nyata dan berasas.

Siapa Saiful Bukhari Azlan? Kita pasti tertanya tanya siapakah budak 'bertuah' ini. Segala keterangan lanjut, biodata mahupun cerita berkenaan dengan Saiful Bukhari Azlan boleh didapati di blog dibawah ini.

 http://ainisazreen.wordpress.com/

Disaat DSAI sedang mencatur perubahan dan transformasi Malaysia kearah "Malaysia Baru" dan taktala kita masih tertanya tanya berkenaan dengan kes pembunuhan Altantuya Saaribuu, kes ini muncul.

Tuduhan yang dibuat dan beberapa ancaman bunuh yang diterima oleh DSAI telah menyebabkan DSAI berlindung di Kedutaan Turki. Berlindung bukan bermaksud takut ataupun bersalah. Cuma untuk menjaga dan memelihara nikmat nyawa kurniaan Allah SWT dan berlindung daripada ketidakadilan yang melampau. 

Sebagai seorang rakyat dan pembaca, kita tidak seharusnya menerima dakwaan ini bulat-bulat. Dalam Islam, sebagai contoh testimoni yang diberikan oleh mangsa dan saksi amat penting skali. Sebelum kita menerima segala keterangan dan dakwaan, hendaklah kita selidik dan kaji kredibiliti si mangsa ataupun saksi itu dahulu. Dalam tatacara undang-undang keterangan Islam, sesuatu keterangan mestilah melebihi keraguan (beyond doubt) dan tidak mencapai tahap ‘zan’. Firman Allah dalam surah Yunus: 36

 “Sesungguhnya zan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran”

 

Sesungguhnya, zan itu adalah satu dosa seperti yang di terangkan dalah surah Hujurat: 12

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada zan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada zan itu adalah dosa”

Melihat kepada gambar-gambar mangsa, jelas membuktikan ada keraguan ataupun lebih tepat lagi kospirasi tersembunyi dalam rancangan. Gambar beliau di Jabatan Timbalan Perdana Menteri cukup meragukan. Atas urusan apa dia kesana? Sedangkan kita tahu bahawa Saiful Bukhari Azlan ini adalah pembantu peribadi DSAI. Fikirkan sejenak.

Dato Seri Najib apabila ditanya pemberita, tergagap-gagap menjawab. Nyata seperti menyembunyikan sesuatu.

Saya ingin menyelar KJ, ahli Parlimen Rembau, yang mengatakan DSAI sendiri yang mengarahkan Saiful Bukhari Azlan untuk membuat laporan polis demi meraih simpati rakyat. Saya ingin katakan, kalaupun DSAI yang mengarahkan ada banyak perkara lain yang boleh dipikirkan DSAI dan tentunya perkara itu tidak akan menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin dan juga sebagai seorang Muslim. Logiknya pun tidak ada.

Jika benar Saiful diliwat. Jika benar DSAI melakukanya, BUKTIKAN!!!! Ini tidak, pemeriksaan keihatan yang dilakukan terhadap Saiful Bukhari Azlan dirahsiakan dari pengetahuan rakyat.  Doktor yang memeriksa diberitahu supaya merahsiakan hasil pemeriksaan. Buktinya terdapat di”link’ dibawah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Tuduhan tanpa pembuktian adalah SAMPAH! Buktikan. Itu yang dimahukan rakyat!

 

Oleh: Sang Kencana

 

 

 

 

Wednesday, June 4, 2008

Boleh Blah ...Pak Lah!!!!

Salam buat semua,

Akhbar Utusan Online bertarikh 4 Jun 2008 yang di"post"kan jam 5.56pm, mengemparkan negara. "Si Tua Ganyut" peneraju pucuk pimpinan negara telah mengumumkan pada sidang akhbar bahawa harga minyak pertol akan dinaikkan ( Rm 1.92 + Rm 0.78 = Rm 2.70 per/liter) berkuat-kuasa tengah malam ini.

Ini betul sudah melampau dan tidak mungkin lagi dapat ditanggung oleh rakyat Malaysia yang rata-ratanya memiliki kenderaan bermotor. Si Tua yang dahulunya gagal subjek Ekonomi ini sekali lagi memaparkan kegagalan beliau dalam menangani isu minyak. Sesuka hati naikkan harga minyak. Hei Pak Lah, kau tidak tahu apa yang ditanggung rakyat!!!! Kau tu mana pernah isi minyak pun!!! Beli minyak pakai pun pakai kupon!!! Apa yang kau tahu pasal penderitaan rakyat!!!!???

Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Australia, Jepun, Korea dll, mmg harga minyak di Malaysia paling murah. Tapi harus diingat, walaupun di Australia harga minyak lebih mahal, tetapi kerajaan Australia menyediakan kemudahan pengankutan awan yang efisien dan terbaik. Mereka menyediakan perkihidmatan Tram, MRT, Bas dan lain-lain sejajar dengan keperluan rakyat. Walaupun harga minyak tinggi, Rakyat tidak terasa kerana untuk memasuki bandar dan keluar bandar, tidak memerlukan rakyat untuk berkereta dek keberkesanan sistem pengangkutan awam. Bandar Metropolis seperti Melbourne lengang dan tidak pernah mengalami masalah "jamm" dsb. Kalau situasinya macam ni, rakyat mungkin masih boleh menerima!! Tp, cuba lihat Malaysia. Kuala Lumpur terutamanya, sesak teruk. Pengangkutan awam teruk dan tidak teratur. Rakyat bergantung harap kepada kenderaan bermotor. Harga minyak saban hari melambung! Ternyata melampau dan tidak dapat diterima akal!!!

Kesan kenaikan harga minyak ini sangat dasyat dan serius. Kalau harga minyak naik, harga bahan mentah, beras, makanan, bahan binaan dsb pasti akan naik. Ini kerana semuanya bergantung harap dan bersandarkan minyak.

Si Tua ini telah melakukan kesilapan besar dengan menaikkan "key factor" ataupun keperluan asas Rakyat.

Pak Lah, kau berdosa kepada rakyat. Kau tidak layak berada disana. Islam Hadari konon. Ketuanan Melayu konon. Ketuanan Melayu Sgt!!!!

" You are a disgrace to Malaysia! Totally disaster!"