Thursday, December 20, 2007

Daging Korban: Bukan Muslim Boleh Makan Daging Korban???


Assalamualikum W.B.T
Untuk menjawab isu ini, saya lebih suka merujuk kepada firman Allah dalam Surah Mumtahanah ayat 8-9:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksud:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksud:

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim


Berdasarkan ayat diatas, adalah tepat jikalau dikatakan bahawa selagi orang bukan Islam itu tidak memerangi Islam (dalam konteks perbincangan ini menjurus kepada Dzimmi bukannya Harbi) maka boleh diberikan kepada mereka daging korban.Bahkan tiada nas atau dalil yang melarang keras perbuatan ini.

Secara logik akal, ia adalah wajar. Siapa tahu dengan pemberian daging korban itu, ia akan membuka mata dan hati si-penerima untuk memeluk Islam.Pengasingan dalam pengagihan daging korban kepada bukan Islam akan melahirkan persepsi buruk mereka keatas agama Islam yang suci ini.

Cetusan idea: Blog Dr Asri Zainal Abidin dan Uztaz Naim

Oleh: Sang Kencana ( 20/12/07 9.38 a.m.)

No comments: