Sunday, July 22, 2007

Status Malaysia: Negara Islam atau Sekular?

Kebelakangan ini, di dada akhbar mutakhir sebuah isu "lapuk" telah dibankitkan. "Lapuk" disini tidak bermaksud ia tidak wajar diperbincangkan. Sudah terang lagikan bersuluh, posisi Islam sebagai agama rasmi persekutuan telah termaktub didalam kitab perlembagaan kita ( Perkara 3 ).

Frasa " Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan" sudah jelas mencerminkan maksud yang tersirat di dalamnya.

Namun saya sedih apabila mendengar ungkapan perkataan "sekular" yang acapkali disebut-sebut sebagai status sebenar Malaysia. Adalah tidak dinafikan bahawa tafsiran Mahkamah Agung dalam kes perintis iaitu Che Omar Bin Che Soh v PP, membawa impak yang besar. Adalah perlu diyatakan bahawa tafsiran mahkamah dalam kes ini adalah berkenaan dengan dakwaan pihak defendan yang menfailkan hukuman Islam ( syariah ) dilaksanakan untuk kesalahan pengedaran dadah berpandukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Berikutan dengan itu, Malaysia dilabel sebagai negara sekular dan menidakkan perlaksanaan hukuman Islam. Perlu diakui bahawa kedudukan Malaysia sebagai negara Islam telah diperakui di peringkat Parlimen. Jesteru itu, justifikasi yang menyeluruh haruslah dilaksanakan sebelum sesuatu perbidasan dilakukan.

Penjenamaan Malaysia sebagai Negara Sekular bukan lah satu label yang bersifat vital dan kekal. Penelitian secara menyeluruh haruslah dibuat sebelum mengeluarkan pernyataan yang sensitif. Tindakan Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan yang mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai kurang cerdik dan penuh kontrovesi. Dalam satu kenyataan balas yang dibuat oleh Datuk Seri Hismamuddin Hussien, beliau memberi amaran keras supaya posisi Islam tidak dipertikaikan dan diperdebatkan kerana ia akan membawa kesan negatif kepada kemaslahatan negara.

Tidakkan kita lupa pada tahun 2001, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed telah mengumumkan Malaysia adalah Negara Islam. Kenapa pada tanggal itu, tidak ada satu suara pun yang berani menyanggah pernyataan beliau? Sedikit peringatan kepada "pengkritik-pengkritik", jangan sampai Sang Saka Bangsa "bersuara". Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasalah bangsa!

Oleh,
Sang Kencana

No comments: