Wednesday, July 25, 2007

Agenda Yahudi...adakah kita penyumbang terbesar???


Disebelah ini adalah keratan akhbar bertarikh 11 July 2006. Intipati keratan akhbar ini adalah berkisar ucapan terima kasih yang di ucapkan oleh Pengerusi Starbuck Coffee Stores, ke atas sokongan yang telah diberikan kepada syarikat itu.

Katanya lagi, Starbuck Cafe mempunyai 90,000 pekerja, 9700 cawangan dan 33 juta pelanggan ( seminggu ) diseluruh dunia. Mereka menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana membantu mereka menyalurkan bantuan berjuta-juta dolar disamping 5 juta dolar setahun kepada Rakyat ISRAEL. Dana itu digunakan oleh ISRAEL untuk menentang " MUSLIM TERRORISM " dalam konteks pembelian senjata, ubat-ubatan, tembok keselamatan dan sebagainya.

Duhai umat ISLAM marhaen, berdasarkan keratan akhbar diatas, marilah kita menyoal diri kita. Sebagai seorang MUSLIM, adakah wajar bagi kita untuk membantu kaum yang menghalalkan DARAH MUSLIM??? Di mana letaknya maruah kita? Cuba kita renungkan, berapa banyak sudah wang yang kita telah belanjakan untuk membeli "ice-blended copucinno", "pure vanilla" mahupun "black coffee"???

Saya ingin menyeru pembaca dan diri saya sendiri agar kita berhenti sama sekali dari membeli segala produk atau makanan yang berlebel dan dikeluarkan oleh STARBUCK CAFE!!! Ingatlah, membeli produk atau sebarang hasil syarikat ini beerti kita menyumbang kearah kemunduran dan kejatuhan syiar ISLAM iyu sendiri!! ALLAH HUAKHBAR!!!!

Oleh,
Sang Kencana


3 comments:

Anonymous said...

well,sorry to say,tapi,come onla,kalau setakat nak boikot starbucks tu mcm meaningless..kalo nak sgt boikot,boikot la coke,nike sumer,senang citer everything made by US companies..(n dat might include ur windows)

lebih baik concentrate mcm mana nak kalahkan diorang in the long term n in large scale..setakat boikot certain products tu,like i said before,meaningless

Sang Kencana said...

saya bersetuju dengan pendapat saudara, mmg senan berkata-kata tp cuba saudara fikir, mentaliti MUSLIM nowday is at the stake!

Mereka tidak mampu menerima satu perkara itu dengan begitu drastik dan total.Junjungan besar kita, Rasullulah tidak la terlalu drastik dalam penyebaran syiar Islamiah. Baginda menyebarkan secara kecil-kecilan dan seterusnya beberapa darsawarsa, secara terang-terangan.Methadologi inilah yang sepatutnya dicontohi.

Saya tidak menafikan ,Muslim Marhaen perlulah menumpukan on how to defeat them in a better way ( long term & large scale).Harus ada dalam diri kita bahawa sesuatu perkara yang dilakukan secara drastik mungkin akan memberi peluangan atau hasil yang pantas. Tetapi realitinya, ia akan lebih mengundang permasalahan. Setiap perkara ada adab tertibnya. Sesuatu perkara kalau dihadapi dengan sabar dan berperingkat, nescaya kejayaan menanti kita.

Bak kata pepatah:

"Orang Tamak dan Gelojoh Selalu Rugi" "Bagai Anjing dan Bayang-Bayang"

Anonymous said...

betol2..
apa yg kita mampu buat sekrang ni? cuba tanye diri sendiri balek..adakah kita mampu nak angkat senjata bersama2 org palestin menentang zionis? boikot ni nmpak kecik tp kesan dia besar.at least kite ada jawapan nak jawap kat Allah bila ditanya kat Akhirat. apa yg kita sumbang utk Islam?