Tuesday, July 1, 2008

Anwar Liwat??? Buktikan!!!!

Salam buat semua,

Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan satu dakwaan di mana mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yand juga selaku Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah melakukan satu kesalahan meliwat ataupun dalam bahasa inggerisnya "Sodomy" ( sila rujuk Kanun Keseksaan Akta 574 - Seksyen 377A dan 377B ). Daripada sumber-sumber yang sah dan boleh dipercayai, 'mangsa' bernama Saiful Bukhari Azlan, yang juga mantan Timbalan President MPP UNITEN sesi 2006/07. Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Travers jam 5.35 ptg pada 28 Jun 2008. 'Mangsa' mendakwa di liwat oleh  DSAI pada 26 Jun 2008, di sebuah kondominium yang terletak di Damansara.

Saya tidak terkejut dengan dakwaan ini. Tidak terkejut bukan bermaksud saya mengakui DSAI melakukannya. Namun, saya sudah dapat mengagak perkara seumpama ini akan berlaku dan dilakukan. Ini adalah konspirasi tahap tertinggi pihak tertentu yang bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan kredibiliti DSAI. Ia adalah fakta yang nyata dan berasas.

Siapa Saiful Bukhari Azlan? Kita pasti tertanya tanya siapakah budak 'bertuah' ini. Segala keterangan lanjut, biodata mahupun cerita berkenaan dengan Saiful Bukhari Azlan boleh didapati di blog dibawah ini.

 http://ainisazreen.wordpress.com/

Disaat DSAI sedang mencatur perubahan dan transformasi Malaysia kearah "Malaysia Baru" dan taktala kita masih tertanya tanya berkenaan dengan kes pembunuhan Altantuya Saaribuu, kes ini muncul.

Tuduhan yang dibuat dan beberapa ancaman bunuh yang diterima oleh DSAI telah menyebabkan DSAI berlindung di Kedutaan Turki. Berlindung bukan bermaksud takut ataupun bersalah. Cuma untuk menjaga dan memelihara nikmat nyawa kurniaan Allah SWT dan berlindung daripada ketidakadilan yang melampau. 

Sebagai seorang rakyat dan pembaca, kita tidak seharusnya menerima dakwaan ini bulat-bulat. Dalam Islam, sebagai contoh testimoni yang diberikan oleh mangsa dan saksi amat penting skali. Sebelum kita menerima segala keterangan dan dakwaan, hendaklah kita selidik dan kaji kredibiliti si mangsa ataupun saksi itu dahulu. Dalam tatacara undang-undang keterangan Islam, sesuatu keterangan mestilah melebihi keraguan (beyond doubt) dan tidak mencapai tahap ‘zan’. Firman Allah dalam surah Yunus: 36

 “Sesungguhnya zan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran”

 

Sesungguhnya, zan itu adalah satu dosa seperti yang di terangkan dalah surah Hujurat: 12

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada zan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada zan itu adalah dosa”

Melihat kepada gambar-gambar mangsa, jelas membuktikan ada keraguan ataupun lebih tepat lagi kospirasi tersembunyi dalam rancangan. Gambar beliau di Jabatan Timbalan Perdana Menteri cukup meragukan. Atas urusan apa dia kesana? Sedangkan kita tahu bahawa Saiful Bukhari Azlan ini adalah pembantu peribadi DSAI. Fikirkan sejenak.

Dato Seri Najib apabila ditanya pemberita, tergagap-gagap menjawab. Nyata seperti menyembunyikan sesuatu.

Saya ingin menyelar KJ, ahli Parlimen Rembau, yang mengatakan DSAI sendiri yang mengarahkan Saiful Bukhari Azlan untuk membuat laporan polis demi meraih simpati rakyat. Saya ingin katakan, kalaupun DSAI yang mengarahkan ada banyak perkara lain yang boleh dipikirkan DSAI dan tentunya perkara itu tidak akan menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin dan juga sebagai seorang Muslim. Logiknya pun tidak ada.

Jika benar Saiful diliwat. Jika benar DSAI melakukanya, BUKTIKAN!!!! Ini tidak, pemeriksaan keihatan yang dilakukan terhadap Saiful Bukhari Azlan dirahsiakan dari pengetahuan rakyat.  Doktor yang memeriksa diberitahu supaya merahsiakan hasil pemeriksaan. Buktinya terdapat di”link’ dibawah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Tuduhan tanpa pembuktian adalah SAMPAH! Buktikan. Itu yang dimahukan rakyat!

 

Oleh: Sang Kencana