Wednesday, June 4, 2008

Boleh Blah ...Pak Lah!!!!

Salam buat semua,

Akhbar Utusan Online bertarikh 4 Jun 2008 yang di"post"kan jam 5.56pm, mengemparkan negara. "Si Tua Ganyut" peneraju pucuk pimpinan negara telah mengumumkan pada sidang akhbar bahawa harga minyak pertol akan dinaikkan ( Rm 1.92 + Rm 0.78 = Rm 2.70 per/liter) berkuat-kuasa tengah malam ini.

Ini betul sudah melampau dan tidak mungkin lagi dapat ditanggung oleh rakyat Malaysia yang rata-ratanya memiliki kenderaan bermotor. Si Tua yang dahulunya gagal subjek Ekonomi ini sekali lagi memaparkan kegagalan beliau dalam menangani isu minyak. Sesuka hati naikkan harga minyak. Hei Pak Lah, kau tidak tahu apa yang ditanggung rakyat!!!! Kau tu mana pernah isi minyak pun!!! Beli minyak pakai pun pakai kupon!!! Apa yang kau tahu pasal penderitaan rakyat!!!!???

Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Australia, Jepun, Korea dll, mmg harga minyak di Malaysia paling murah. Tapi harus diingat, walaupun di Australia harga minyak lebih mahal, tetapi kerajaan Australia menyediakan kemudahan pengankutan awan yang efisien dan terbaik. Mereka menyediakan perkihidmatan Tram, MRT, Bas dan lain-lain sejajar dengan keperluan rakyat. Walaupun harga minyak tinggi, Rakyat tidak terasa kerana untuk memasuki bandar dan keluar bandar, tidak memerlukan rakyat untuk berkereta dek keberkesanan sistem pengangkutan awam. Bandar Metropolis seperti Melbourne lengang dan tidak pernah mengalami masalah "jamm" dsb. Kalau situasinya macam ni, rakyat mungkin masih boleh menerima!! Tp, cuba lihat Malaysia. Kuala Lumpur terutamanya, sesak teruk. Pengangkutan awam teruk dan tidak teratur. Rakyat bergantung harap kepada kenderaan bermotor. Harga minyak saban hari melambung! Ternyata melampau dan tidak dapat diterima akal!!!

Kesan kenaikan harga minyak ini sangat dasyat dan serius. Kalau harga minyak naik, harga bahan mentah, beras, makanan, bahan binaan dsb pasti akan naik. Ini kerana semuanya bergantung harap dan bersandarkan minyak.

Si Tua ini telah melakukan kesilapan besar dengan menaikkan "key factor" ataupun keperluan asas Rakyat.

Pak Lah, kau berdosa kepada rakyat. Kau tidak layak berada disana. Islam Hadari konon. Ketuanan Melayu konon. Ketuanan Melayu Sgt!!!!

" You are a disgrace to Malaysia! Totally disaster!"