Thursday, December 20, 2007

Daging Korban: Bukan Muslim Boleh Makan Daging Korban???


Assalamualikum W.B.T
Untuk menjawab isu ini, saya lebih suka merujuk kepada firman Allah dalam Surah Mumtahanah ayat 8-9:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksud:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksud:

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim


Berdasarkan ayat diatas, adalah tepat jikalau dikatakan bahawa selagi orang bukan Islam itu tidak memerangi Islam (dalam konteks perbincangan ini menjurus kepada Dzimmi bukannya Harbi) maka boleh diberikan kepada mereka daging korban.Bahkan tiada nas atau dalil yang melarang keras perbuatan ini.

Secara logik akal, ia adalah wajar. Siapa tahu dengan pemberian daging korban itu, ia akan membuka mata dan hati si-penerima untuk memeluk Islam.Pengasingan dalam pengagihan daging korban kepada bukan Islam akan melahirkan persepsi buruk mereka keatas agama Islam yang suci ini.

Cetusan idea: Blog Dr Asri Zainal Abidin dan Uztaz Naim

Oleh: Sang Kencana ( 20/12/07 9.38 a.m.)

Musim Perayaan: Kesesakan Lalu Lintas Berleluasa! Salah Siapa???


Hari ini genap 10 Zulhijjah 1428. Menandakan umat Islam seantero dunia meraikan kedatangan Aidil-Adha. Sejak daripada petang semalam lagi, jalan-jalan telah sesak dibanjiri "pedati-pedati besi". Jalan Persekutuan dan LebuhRaya menjadi tumpuan. Tidak kurang ada yang menggunakan jalan alternatif seperti jalan udara dek terkesima kepada seruan atau ungkapan "Kini, Sesiapa Pun Boleh Terbang". Tetapi, tulisan ini akan lebih berkisar kepada jalan-jalan kontemporari iaitu Lebuhraya.

Bermula daripada petang 19 Disember 2007, kesesakan mula terjadi. Adalah dilaporkan melalui corong radio yang berfrekuensi 104.3 Mhz, kesesakan mula berlaku dari arah menuju ke utara ( Pedas Linggi hingga ke Kuala Lumpur) dan arah menuju ke selatan(Seremban hingga ke Johor Baharu). Daripada tinjauan tak rasmi yang dilakukan dari jam 10 malam hingga jam 6.30 pagi(19-20 Disember), keadaan masih sama. Sesak, padat dan mampat. Kenapa keadaan ini berlaku??? Apakah puncanya???

Daripada tinjauan yang di buat, adalah didapati kesesakan lalu lintas bukan berpunca daripada kemalangan ataupun bencana alam. Kesesakan nyata berpunca kesan daripada perlaksanaan perjalanan satu lorong. Bermaksud, dua "denai" yang sepatutnya selamat dilalui hanya tinggal satu sahaja. Lorong disebelah kiri(menghala ke utara) ditutup. Atas inkuiri diri yang tinggi dan membuak, saya ingin bertanya dan sekaligus mempersoalkan tindakan PLUS menutup bahagian kiri lebuhraya itu. Adalah tidak dinafikan, proses penaiktarafan sedang berjalan. Saya tidak nampak rasional diatas tindakan menutup sebahagian daripada jalan tersebut. Sepatutnya, kerja-kerja baik pulih atau penaiktarafan haruslah dipastikan selesai sepenuhnya sebelum tibanya musim ataupun hari-hari perayaan. Jikalau tidak disempurnakan, kesesakan yang hakiki bakal terjadi. Pihak PLUS "should reasonably foresee" perkara ini.

Sebagai entiti yang mempunyai 'locus standi', adalah wajar bagi saya untuk menegur dan mempersoalkan perkara ini. Adalah tidak wajar bagi penguna yang membayar tol untuk terjebak dalam kesesakan yang nyata boleh diatasi. Oleh itu, satu tindakan kadar segera diperlukan daripada pihak PLUS bagi menyelesaikan masalah ini. Sekian.

Oleh: Sang Kencana (20/12/07 9.07 a.m.)

Wednesday, December 19, 2007

Gelombang Banjir- Pelbagai Pihak Perlu Mainkan Peranan

Gelombang banjir yang melanda bahagian pantai timur Semenanjung amat membimbangkan. Kawasan yang merangkumi negeri Kelantan, Pahang hingga ke Johor amat perlu diberikan perhatian yang sewajar. Satu pendekatan yang rasional perlulah diambil bagi menangani bencana alam ini supaya ia tidak mengeruhkan lagi keadaan. Dalam perkara ini, pelbagai pihak perlulah mengambil peranan masing-masing. Bebanan tidak sepatutnya diletakkan diatas bahu kerajaan yang memerintah sebaliknya kita bersama-sama perlu menunjukkan keprihatinan yang jitu.
Muktahir memaparkan jumlah atau statistik mangsa yang menjadi korban banjir semakin meningkat. Adalah dilaporkan rata-rata mangsa terkorban akibat ‘kebodohan’ dan “kegairahan” diri sendiri. Pepatah “Kecil Menjadi Kawan, Besar Menjadi Lawan” haruslah dihayati dengan minda yang objektif. Mangsa terdiri daripada kanak-kanak yang rata-ratanya masih terlalu mentah untuk memahami bahaya banjir. Dalam perkara ini, tiada pihak lain yang harus dipertanggungjawabkan melainkan ibu-bapa dan keluarga mangsa sendiri. Sikap culas dalam memastikan keselamatan keluarga jelas menghukum diri. Tangisan dan ratapan berkumandang menjadi melodi pilu dan duka. Kesedaran yang serius amatlah diperlukan.
Di pihak masyarakat pula, sumbangan boleh disalurkan melalui pelbagai cara. Kumpulan–kumpulan sukarelawan haruslah diperbanyak dan diagihkan ke serata kawasan yang terlibat. Kehadiran mereka akan sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. Bagi syarikat-syarikat swasta pula, sumbangan dari pihak anda amat diperlukan. Inilah masa yang paling sesuai untuk menabur bakti kepada Negara. Sumbangan yang ikhlas walaupun tidak tinggi nilainya amatlah berguna disaat-saat genting ini. Sikap lepas tangan dan menyerahkan bulat-bulat tugas membantu mangsa banjir kepada kerajaan tidak wajar terjadi. Sebaliknya, sektor kerajaan dan swasta haruslah bersama-sama mengembleng tenaga untuk menyelesaikan kebejatan ini.
Saya juga menyeru kepada golongan mahasiswa-mahasiswi prihatin diluar sana agar sama-sama memberikan sumbangan mereka. Ingatlah disaat kita semua bersenang lenang, mereka diluar sana meratap hiba dek kehilangan harta benda dan keluarga. Jerteru atas nilai kemanusiaan , bertindak dan lakukanlah sesuatu. Realisasikanlah pepatah “Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Maufakat”.
Oleh: Sang Kencana (18/12/07)