Friday, July 27, 2007

Kikis Sikap Fanatik Pemikiran


Antara kelemahan yang paling mengkhuatirkan sedang melanda umat Islam ketika ini ialah perpecahan yang diakibatkan oleh kepelbagaian aliran pemikiran. Walaupun Islam tidak pernah menolak hakikat kerencaman pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan tajam sehingga menenggelamkan hakikat persamaan risalah dan matlamat ditentang sama sekali.

Jika diperhatikan secara objektif, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan amat terkait dengan sikap fanatik terhadap pendapat sendiri, lantas cuba memonopoli pemikiran dan tiada kesediaan untuk menghormati pandangan orang lain. Penyakit yang disebut juga sebagai ‘al-`ijab bi al-ra’yi’ atau penyakit mengkagumi pendapat sendiri ini bagaikan wabak merbahaya yang sedang menjalar dalam urat saraf umat sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendokong Islam terdahulu.

Para imam mazhab umpamanya turut berselisih pendapat dalam pelbagai persoalan semasa namun mereka tidak pernah mendabik dada sebagai pemonopoli kebenaran. Sebaliknya berpendirian: “Pendapatku betul tetapi masih berkemungkinan salah. Pendapat orang lain salah tetapi mungkin juga betul”.

Ungkapan seperti ini adalah manifestasi adab dan etika dalam perbezaan pendapat yang telah diwarisi sejak zaman para sahabat lagi. Sebab itulah jika disingkap tabir sejarah, kita akan dapati bagaimana para sahabat turut berselisih dalam banyak perkara cabang namun tidak pernah melunturkan iman apa lagi melemahkan mereka walau sedikitpun.

Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz juga tidak pernah mengimpikan supaya para sahabat tidak berselisih faham sama sekali. Ini kerana baginya, perselisihan faham akan membuka pintu keluasan, keanjalan dan kemudahan kepada umat yang mempunyai tabiat dan keperluan yang berbeza (Al-Qaradawi, Fatawa Mu’asarah).

Pelbagai bukti sejarah mengenai perselisihan di kalangan sahabat dapat disaksikan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi seperti perselisihan mereka mengenai arahan Nabi berkenaan sembahyang Asar sewaktu pergi ke Bani Quraizah. Ini adalah peristiwa terkenal yang mengungkapkan hakikat perselisihan tetapi Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak mencela kedua-dua kumpulan yang berselisih faham itu.

Perselisihan tidak hanya berlaku di zaman Rasulullah sahaja, namun seawal kewafatan baginda, para sahabat sekali lagi berselisih mengenai tempat sewajarnya di mana Rasulullah s.a.w. patut dimakamkan. Ada yang berpendapat baginda wajar dikebumikan bersama sahabat-sahabatnya, manakala sebahagian yang lain berpendapat agar dipusarakan jasad Nabi s.a.w. di dalam masjid. Namun setelah dirujuk kepada sebuah hadis Nabi s.a.w. yang disampaikan oleh Abu Bakar: “Tidaklah diwafatkan seorang Nabi melainkan ia dikebumikan di tempat ia diwafatkan itu”, para sahabat terus mengangkat tikar tempat Rasulullah diwafatkan dan digalikan pusara untuknya.

Banyak lagi contoh-contoh lain perbezaan dan perselisihan pendapat yang berlaku dikalangan sahabat seperti persoalan politik, pemilihan Khalifah, isu memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan pelbagai perselisihan dalam masalah fekah yang kesemuanya ditangani tanpa mengikut hawa nafsu dan emosi melulu.

Begitulah tingginya adab dan etika perbezaan pendapat yang didokongi para sahabat Nabi s.a.w. yang kemudiannya diwariskan kepada generasi selepasnya, sehinggalah umat dihinggapi penyakit baru yang cepat membarah, sekaligus meranapkan akal budi dan peribadi umat.

Gara-gara penyakit inilah maka kita menyaksikan suasana umat yang amat menyayat hati dan meruntun emosi. Gamatnya pertelagahan di kalangan pendokong-pendokong wadah Islam sehingga mengakibatkan terabainya tanggungjawab utama menyelesaikan pelbagai masalah umat yang melanda kini. Sebaliknya seluruh tenaga dihabiskan dan tertumpu kepada polemik, “politiking”, adu-domba dan perlumbaan menambah bilangan penyokong pendapat masing-masing.

Justeru, dalam upaya mengembalikan sinar kegemilangan Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan ke atas setiap umat Islam. Umat seharusnya kembali menjiwai budaya dan prinsip penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi awal Islam terutamanya dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.

Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada pandangan berbeza, tidak taksub atau fanatik kepada pandangan sendiri, berlapang dada, saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mungkin jalan keluar dari belitan konflik kefanatikan pemikiran yang melanda kini terumus dalam ungkapan keramat tokoh reformis Islam, Jamaluddin al-Afghani: Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berkompromi dalam hal-hal yang diperselisihkan.

Sesungguhnya kepelbagaian pendapat sebenarnya mampu memperkaya khazanah pemikiran Islam andainya kita bersedia menghadapinya secara dewasa. Tetapi andainya kita menanganinya dengan sikap keanak-anakan, menganggap mereka yang tidak sealiran sebagai musuh, maka perbezaan pendapat pasti menjadi bahan bakar penyemarak api persengketaan yang membinasakan.

oleh: Dr Asyraf Wajdi Dusuki


Wednesday, July 25, 2007

Agenda Yahudi...adakah kita penyumbang terbesar???


Disebelah ini adalah keratan akhbar bertarikh 11 July 2006. Intipati keratan akhbar ini adalah berkisar ucapan terima kasih yang di ucapkan oleh Pengerusi Starbuck Coffee Stores, ke atas sokongan yang telah diberikan kepada syarikat itu.

Katanya lagi, Starbuck Cafe mempunyai 90,000 pekerja, 9700 cawangan dan 33 juta pelanggan ( seminggu ) diseluruh dunia. Mereka menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana membantu mereka menyalurkan bantuan berjuta-juta dolar disamping 5 juta dolar setahun kepada Rakyat ISRAEL. Dana itu digunakan oleh ISRAEL untuk menentang " MUSLIM TERRORISM " dalam konteks pembelian senjata, ubat-ubatan, tembok keselamatan dan sebagainya.

Duhai umat ISLAM marhaen, berdasarkan keratan akhbar diatas, marilah kita menyoal diri kita. Sebagai seorang MUSLIM, adakah wajar bagi kita untuk membantu kaum yang menghalalkan DARAH MUSLIM??? Di mana letaknya maruah kita? Cuba kita renungkan, berapa banyak sudah wang yang kita telah belanjakan untuk membeli "ice-blended copucinno", "pure vanilla" mahupun "black coffee"???

Saya ingin menyeru pembaca dan diri saya sendiri agar kita berhenti sama sekali dari membeli segala produk atau makanan yang berlebel dan dikeluarkan oleh STARBUCK CAFE!!! Ingatlah, membeli produk atau sebarang hasil syarikat ini beerti kita menyumbang kearah kemunduran dan kejatuhan syiar ISLAM iyu sendiri!! ALLAH HUAKHBAR!!!!

Oleh,
Sang Kencana


Sunday, July 22, 2007

Taktala Allah Menuntut Janjinya....


Kematian adalah sesuatu yang pasti bagi setiap Insan yang bernama Manusia. Kehidupan yang kita lalui sehari-hari mendekatkan kita dengan kematian. Allah Maha Adil.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” ( Al-'Ankabut:57)

Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Jumu'ah:8)

Kebanyakan orang menghindari untuk berpikir tentang kematian. Dalam kehidupan modern ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang [dengan kematian]; mereka berpikir tentang: di mana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan besok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita pikirkan.

Kehidupan diartikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahwa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahwa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahwa kematian itu sedang menunggunya!

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.

Dimulai saat anda menghembuskan napas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “seonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Itulah hakikatnya! Sedarlah wahai insan hina yang bernama manusia. Apabila talkin telah dibacakan, bersediakah kita untuk menghadap Allah S.W.T??? Taktala Allah menuntut janjinya...

Oleh: Sang Kencana



Status Malaysia: Negara Islam atau Sekular?

Kebelakangan ini, di dada akhbar mutakhir sebuah isu "lapuk" telah dibankitkan. "Lapuk" disini tidak bermaksud ia tidak wajar diperbincangkan. Sudah terang lagikan bersuluh, posisi Islam sebagai agama rasmi persekutuan telah termaktub didalam kitab perlembagaan kita ( Perkara 3 ).

Frasa " Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan" sudah jelas mencerminkan maksud yang tersirat di dalamnya.

Namun saya sedih apabila mendengar ungkapan perkataan "sekular" yang acapkali disebut-sebut sebagai status sebenar Malaysia. Adalah tidak dinafikan bahawa tafsiran Mahkamah Agung dalam kes perintis iaitu Che Omar Bin Che Soh v PP, membawa impak yang besar. Adalah perlu diyatakan bahawa tafsiran mahkamah dalam kes ini adalah berkenaan dengan dakwaan pihak defendan yang menfailkan hukuman Islam ( syariah ) dilaksanakan untuk kesalahan pengedaran dadah berpandukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Berikutan dengan itu, Malaysia dilabel sebagai negara sekular dan menidakkan perlaksanaan hukuman Islam. Perlu diakui bahawa kedudukan Malaysia sebagai negara Islam telah diperakui di peringkat Parlimen. Jesteru itu, justifikasi yang menyeluruh haruslah dilaksanakan sebelum sesuatu perbidasan dilakukan.

Penjenamaan Malaysia sebagai Negara Sekular bukan lah satu label yang bersifat vital dan kekal. Penelitian secara menyeluruh haruslah dibuat sebelum mengeluarkan pernyataan yang sensitif. Tindakan Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan yang mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat sebagai kurang cerdik dan penuh kontrovesi. Dalam satu kenyataan balas yang dibuat oleh Datuk Seri Hismamuddin Hussien, beliau memberi amaran keras supaya posisi Islam tidak dipertikaikan dan diperdebatkan kerana ia akan membawa kesan negatif kepada kemaslahatan negara.

Tidakkan kita lupa pada tahun 2001, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed telah mengumumkan Malaysia adalah Negara Islam. Kenapa pada tanggal itu, tidak ada satu suara pun yang berani menyanggah pernyataan beliau? Sedikit peringatan kepada "pengkritik-pengkritik", jangan sampai Sang Saka Bangsa "bersuara". Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasalah bangsa!

Oleh,
Sang Kencana

Saturday, July 21, 2007

Wadah Pembuka Bicara


Dengan nama Allah S.W.T ,tuhan yang mencipta segala isi bumi , saya memanjatkan kesyukuran kerana telah membuka pintu hati ini untuk mencoret madah di blog ini.

Segala coretan yang bakal disajikan buat santapan minda pembaca mungkin akan mencipta satu anjakan saujana dan mungkin juga bakal mencuit emosi.

Namun begitu, diskusi-diskusi yang terkandung didalam blog ini tidak bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana individu atau institusi. Anggaplah blog ini sebagai landasan mencerna pemikiran yang kritis dan objektif. Segala pendapat atau "comment" diharap dapat ditulis dengan mengunakan bahasa yang sopan dan teratur.

Akhir kalam, segala kesilapan dan ketidakselesaan semestinya datang dari diri ini, segala cinta dan kedamaian hanya datang dari yang MAHA PENCIPTA.